CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33473|Reply: 0

Pembinaan Olympic House Malaysia Babitkan Kos RM103 Juta

[Copy link]
Post time 1-3-2025 07:13 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Pembinaan bangunan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang baharu di Bukit Jalil dijangka membabitkan kos berjumlah RM103 juta, kata Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak RM93 juta adalah bagi pembinaan bangunan manakala RM10 juta merupakan nilai pajakan tanah bagi bangunan baharu yang akan dikenali sebagai Olympic House Malaysia.

"Untuk pajakan tanah kita (MOM) perlu bayar RM5 juta dahulu dan selebihnya dibayar dalam masa 10 tahun.

"Bangunan ini akan ada kemudahan baharu, muzium dan dewan banquet untuk menjana pendapatan tambahan MOM, dewan sidang media, bilik mesyuarat dan kita ada beberapa pejabat untuk persatuan sukan yang tidak mampu untuk ada pejabat besar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian antara MOM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang turut dihadiri Timbalan Presiden MOM Tan Sri Hamidin Mohamad Amin, Ketua Pegawai Eksekutif PSM Ilyas Jamil dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk K Nagulendran.

Pada 11 Disember lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bagi pihak kerajaan.

Dalam pada itu, Mohamad Norza turut berharap Olympic House Malaysia dapat disiapkan menjelang Sukan SEA 2027 yang menyaksikan Malaysia selaku tuan rumah.

"Akan ada fasa-fasanya untuk menyiapkan pembangunan, kita mahu siap bangunan terdahulu jadi boleh adakan mesyuarat di sana, bukan mudah, sebab kita habiskan banyak masa untuk berunding dengan kerajaan untuk projek ini," katanya.

Ibu pejabat MOM baharu itu bakal dibina bersebelahan Stadium Nasional Hoki selain dikelilingi Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Pusat Akuatik Negara, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Sumber: Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:30 PM GMT+8 , Processed in 1.664985 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list