CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10745|Reply: 0

[Johor] 14 ditahan kerana merusuh, khianat

[Copy link]
Post time 6-3-2025 12:13 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru : Polis menahan 14 lelaki yang dipercayai terbabit kes merusuh dan khianat di hadapan sebuah pusat sukan, di Jalan Austin Heights di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua warga tempatan yang berusia 19 hingga 46 tahun itu ditahan anggota Bahagian D7 Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) dalam operasi pukul 12.55 tengah malam hingga 3 pagi hari ini.

"Dalam kejadian 1.30 pagi semalam, mangsa lelaki warga tempatan berusia 20 tahun yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda didatangi sekumpulan individu yang menyerang dan merosakkan kenderaan mangsa.

"Akibatnya, mangsa luka di akibat terkena serpihan kaca," katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata, hasil semakan rekod mendapati 10 daripada suspek mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Katanya empat suspek pula tiada sebarang rekod jenayah dan semakan lanjut juga mendapati semua suspek berkenaan tidak dikehendaki polis.

"Hasil saringan ujian air kencing ke atas semua suspek mendapatinya negatif dadah.

"Kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat depan (7 Mac) bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang menyebabkan kerugian atau kerosakan harta benda.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata atau objek berbahaya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:35 AM GMT+8 , Processed in 1.726777 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list