CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2296|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Nurseri Ramadan bagi ibu bapa solat lebih tenang

[Copy link]
Post time 7-3-2025 10:47 AM | Show all posts |Read mode

Antara aktiviti disediakan di nurseri Ramadan di Masjid Dato' Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong. Gamabr kecil: Mohd Yusof

NILAI - Bagi membolehkan ibu bapa menunaikan solat tarawih dengan keadaan lebih tenang, Masjid Dato' Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong di sini mengambil inisiatif menyediakan 'nurseri Ramadan'.

Kemudahan itu disediakan secara percuma di dewan besar masjid berkenaan bermula jam 8 malam sehingga 10.30 malam.

Ketua Eksekutif masjid, Mohd Yusof Abdul Rahman, 57, berkata, idea menyediakan kemudahan tersebut bermula dua tahun lalu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa.

"Kita dapati, bila terawih anak-anak bising dan ia boleh menganggu jemaah.

Permainan soopa doopa disediakan dapat menarik anak-anak untuk bermain
"Jadi kita usaha sesuatu untuk alihkan perhatian anak-anak ini dengan sediakan kemudahan nurseri yang disertakan permainan soopa doopa, E-sukan dan tayangan video," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, ibu bapa yang mahu meninggalkan anak-anak di situ dikhendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu dengan meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

Ujarnya, mereka juga tidak perlu bimbang solat keselamatan anak-anak kerana akan dipantau oleh lapan sukarelawan.

Permainan E-sukan antara yang disediakan di nurseri Ramadan.

"Setiap hari, kira-kira 100 anak-anak yang dihantar ke sini," katanya.

Kata Mohd Yusof, dengan adanya kemudahan tersebut ia secara tidak langsung dapat mendekatkan anak-anak dengan masjid.

Pada masa sama katanya, ibu bapa tidak ada alasan lagi untuk pergi solat tarawih di masjid.

"Kemudahan permainan disediakan di nurseri ini kita sewa dengan harga RM6,000 dan kita boleh nampak kehadiran ibu bapa itu mula meningkat," katanya.

Sementara itu seorang kakitangan swasta, Nadzrizal Adzli, 44 memuji usaha dilakukan yang secara tidak langsung dapat mendekatkan kanak-kanak dengan masjid.

"Ibu bapa bukan saja dapat solat dengan tenang, jemaah lain pun sama dan budak-budak akan lebih gembira untuk berada di masjid.

"Saya harap masjid-masjid lain pun boleh ambil inisiatif sediakan kemudahan ini sepanjang Ramadan bagi membolehkan jemaah solat dengan lebih tenang," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:30 AM GMT+8 , Processed in 1.654706 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list