CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2307|Reply: 1

[Johor] Tiada penularan kusta di Johor – JKNJ

[Copy link]
Post time 7-3-2025 10:49 AM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan bahawa setakat ini, tiada kes penularan penyakit kusta di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mokhtar Pungut berkata, pihaknya sentiasa bersiap siaga dan menjalankan pemantauan rapi bagi mengawal sebarang kemungkinan.

“Sehingga kini, tiada laporan mengenai penyebaran kusta di Johor, namun, JKNJ akan terus memantau keadaan semasa dengan teliti.

“Buat masa ini, tiada keperluan untuk tindakan drastik atau intervensi khas. Sekiranya terdapat arahan lanjut daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),
langkah pencegahan sewajarnya akan diambil segera,” katanya selepas meninjau bazar Ramadan di sini, pada petang Khamis.

Turut hadir, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon serta Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah.
Minggu lalu, lima kes kusta dilaporkan di beberapa daerah di Selangor sehingga 20 Februari.

Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Dr Ummi Kalthom Shamsudin berkata, dua kes dikesan pada Januari di Hulu Langat dan Sepang, manakala tiga lagi kes bulan ini di Gombak, Hulu Selangor, dan Kuala Langat.

"Daripada lima kes ini, tiga adalah warga tempatan termasuk seorang daripada komuniti Orang Asli," katanya.

Pada 19 Februari, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, memaklumkan seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun meninggal dunia akibat jangkitan kusta, sementara lapan lagi penduduk Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah masih dalam rawatan.

Menurut beliau, penularan penyakit itu mula dikesan pada 2 Januari selepas sembilan penduduk di kawasan berkenaan dijangkiti kusta, lima dari Kampung Orang Asli Chergun dan empat dari Kampung Guntur.

“Mangsa meninggal dunia di rumahnya selepas mengalami demam selama seminggu, manakala yang lain diarah menjalani kuarantin di kediaman masing-masing,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2025 11:33 AM | Show all posts
Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Dr Ummi Kalthom Shamsudin berkata, dua kes dikesan pada Januari di Hulu Langat dan Sepang, manakala tiga lagi kes bulan ini di Gombak, Hulu Selangor, dan Kuala Langat.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.599645 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list