CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nad2020

bayaran pengasuh atau taska

  [Copy link]
Post time 4-2-2016 03:14 PM | Show all posts
tahun 2015

aku hantar anak aku bawah 3thn rm400 n 4thn rm400.. total untuk anak rm800 nursery shj.. hantar 7 pagi- 6.30ptg.. selalu aku ambil awal dari tu.. 5 days per week shj.. OT rm10 sejam..

masa dia baby.. makanan aku sediakan sendiri.. mahalkan??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2016 03:56 PM | Show all posts
saya tinggal di nibong tebal , pulau pinang
anak first transit blk sekolah  rm 120
anak 2nd kindy                      rm 350
anak 3rd  pengasuh               rm 300
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 05:41 PM | Show all posts
Edited by seri_mawr at 29-11-2016 11:07 AM

Saya hantar nursery kat Kelana Jaya

2015  
2 tahun RM450
0-2 RM500

2016
3tahun RM500
0-2 tahun RM550

2017
3tahun ke RM500
0-2 tahun RM600

OT; 5 min RM1 (1hr =rm12) masa dia 7.15am ke 6.15am seblm n selepas kira OT la...

Ok lah sebab dia jaga elok n pagi2 ada pre-school sekali...
baby pun siap ada aktivity lagi....main cap2 tapak tgn degn warna...story telling..doa..

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 05:47 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 11-2-2016 05:41 PM
Saya hantar nursery kat Kelana Jaya

2015  

feb 2016 / area butterworth

anak 1st - tadika/kindy RM300

anak 2nd - babysitter RM250
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 01:12 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 11-2-2016 05:41 PM
Saya hantar nursery kat Kelana Jaya

2015  

boleh tak saya tahu nama taska dekat kelana jaya tu? tengah survey2 taska area kelana jaya jugak ni sebab bulan 7 nak pindah kelana jaya
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 01:15 PM | Show all posts
Edited by seri_mawr at 21-6-2016 01:17 PM
lavendermiz replied at 21-6-2016 01:12 PM
boleh tak saya tahu nama taska dekat kelana jaya tu? tengah survey2 taska area kelana jaya jugak n ...

saya PM .......................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2016 01:06 PM | Show all posts
nak share juga.
anak aku hantar rumah pengasuh dari lepas pantang sampai umur 2 tahun.
RM300.
rumah pengasuh sebelah ofis je.
kalau toleh ikut tingkap ofis, boleh nampak bumbung rumah pengasuh.

then tiba2 pengasuh cakap laki dia nak pence, so they will travel a lot and balik kampung etc..
jadi kena cari pengasuh lain.
kebetulan adik ipar aku baru habis belajar.
tak kerja. duk dengan aku.
jadi mintak dia jaga.
sampai bila? tak pasti.
mungkin sampai dia dapat kerja.
tapi kalau dia tak dapat kerja pun tak apa, at least ada orang jaga anak aku kat rumah.

setakat ni aku suka anak aku ada kat rumah. dan mak sedara dia yang jaga.
kalau adik ipar aku tu dapat kerja, aku macam berat je nak hantar anak aku pergi taska.

aku suruh husband bayar RM150 kat adik dia.
sebab jaga budak penat juga kan (walaupun anak aku dah besar).
makan pakai adik ipar dan anak aku semua aku yang setelkan.
sarapan dan makan tengah hari pun laki aku yang akan belikan untuk diorang kat rumah.
cuma kalau aku tak sempat masak,
aku mintak dia goreng ayam/ikan.

ni nak tambah lagi baby ni, aku tengah fikir mana nak cari pengasuh..
atau nak minta tolong adik ipar aku jagakan.
but seriously, aku selesa anak aku duk rumah aku...
barang2 pun tak pening nak packing hari2(macam sebelum ni)
tapi tu lah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 03:34 PM | Show all posts
SitiRopeah replied at 22-6-2016 05:06 AM
nak share juga.
anak aku hantar rumah pengasuh dari lepas pantang sampai umur 2 tahun.
RM300.

bagus nye adik ipar sis.
anak yg die jaga skrg ni umur bpe?

tp adik ipar sis mesti nak keje jugak nanti, melainkan die happy duk rmh jaga anak sis.
sebab bg saya, kalau kite kat tempat die, mesti kite nak ade duit lebih utk bli pkaian sendiri,
teringin nak beli itu ini, x pun bg kat mak ayh (klau masih ade lg).

tp mmg respek adik ipar sis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2016 03:41 PM | Show all posts
skrg anak saya dh 3 tahun, hantar tadika RM400 sebulan.
ade SEM 1 n SEM2, setiap sem akan ade yuran pendaftaran dlm RM500-RM600.

anak nombor dua, 2tahun RM350 dengan pengasuh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 03:50 PM | Show all posts
SitiRopeah replied at 22-6-2016 01:06 PM
nak share juga.
anak aku hantar rumah pengasuh dari lepas pantang sampai umur 2 tahun.
RM300.

rm150 sebulan upah?
tapi yela kan, daripada duduk rumah tak buat pape kan..
adik iols pun kekadang time cuti sem datang umah iols jadik maid tak bertauliah..
sebab nak extra income daripada duduk kat kg tapi tak buat apa..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 12:44 PM | Show all posts
Edited by bunga_lestari at 23-6-2016 12:47 PM

anak pertama dari umur 3bln-3 tahun hantar kat taska harian (DAYCARE ONLY)

tahun 2011-2013

harga bayaran : OWNER PERTAMA 2011-pertengahan tahun 2012
RM190 sebulan

harga bayaran : OWNER KEDUA- pertengahan tahun 2012-awal tahun 2013
RM190 sebulan (owner kedua ikut harga owner sebelum)

harga bayaran : OWNER KETIGA-awal tahun 2013 hingga sekarang
RM190 sebulan untuk 3tahun keatas
RM220 sebulan untuk 1-2 tahun
RM280 sebulan untuk 0-1 tahun
RM15 sehari untuk transit (pagi-petang*/pagi-tengahari/tengahari-petang)
RM3 sejam untuk OT (Isnin-Jumaat)
RM5 sejam untuk OT (Sabtu)
AHAD CUTI.
*Cuti sekolah

jadi, masa ni umur anak aku dari 3bulan-3tahun  walaupun dah 3 kali tukar owner, bayarannya tetap sama.. sebab owner pertama dan kedua kekal harga.. owner ketiga ambik alih, anak aku dah umur 3tahun pun.. tp owner ketiga ni sediakan buku catatan harian sekali.. actually, parents kena beli buku tu.. apa-apa aktiviti anak dan pengasuh dan apa-apa jadi pada anak dicatatkan dalam buku tu dan parents akan tandatangan setiap hari..

bila anak aku umur 4 tahun, aku hantarkan anak ke Tadika milik owner Taska yang sama, kira cawangan laa, tapi cawangan ni Tadika+Transit+KAFA sahaja, tiada DAYCARE.. DAYCARE hanya di Taska.. gitulaa cara pengurusan owner baru ni.. bayarannya cuma RM210 sebulan sahaja termasuk tadika, transit dan KAFA.. tapi cuti sekolah, TUTUP..

bila anak umur 5 tahun, aku tukarkan dia ke taska baru (Tadika Kemas+Transit+KAFA dalam kawasan pagar yang sama).
Bayarannya cuma :
RM160 sebulan (RM15 Tadika Kemas, RM130 transit harian termasuk cuti sekolah* dan RM15 KAFA)
RM280 sebulan (anak umur 2bulan-4 tahun)
RM12 sehari transit**
RM10 sejam OT (OT kira bermula jam 5.30ptg)
RM15 sejam OT (OT kira bermula jam 5.15ptg bulan Ramadhan)
*untuk anak-anak yang usia 5tahun keatas yang transit setiap hari
**untuk anak yang transit masa cuti sekolah sahaja
(SABTU AHAD CUTI. YANG NAK HANTAR ANAK DIKIRA OT)

kenapa aku tukar? ada 2 sebab UTAMA

1. Tadika lama dia walaupun dah murah, teacher2 pun bagus2, anak cepat dapat dari cara pembelajaran, siap ada sesi bertemu ibu bapa ambil buku report periksa tengah tahun dan akhir tahun.. tapi aku terpaksa tukar sebab tadika ni TUTUP masa cuti sekolah.. jadi disebabkan itu, aku terpaksa hantar anak aku ke tempat lain dengan kos tambahan pulak.. aku tak hantar ke taska DAYCARE untuk transit waktu cuti sebab RM15 sehari bagi aku mahal.. kalau cuti sekolah seminggu, tahan lagi, kalau kena yang cuti sekolah 2 minggu tak ke dah RM150? Yuran tadika still kena bayar penuh.. so total balik dah jadik RM360.. Masa cuti sekolah aku terpaksa mintak tolong orang jagakan anak aku.. kalau cuti seminggu kebetulan adik aku tak kemana-mana, tiada urusan penting, dia willing jaga anak aku, aku just bagi duit belanja makan je.. tu pun adik aku gunakan untuk beli jajan2 dia jer macam biskut, coklat, aiskrim.. bila time adik aku ada nak kemana2, terpaksa aku mintak tolong jiran lama aku jagakan dengan kadar bayaran RM10-RM12 sehari.. dia tak tetapkan tapi dia bagitahu aku, suruh aku ikut kadar biasa taska2.. so aku ambik yang kadar bayaran bulanan RM300.. bila bahagi 30hari dapatla RM10 sehari.. tapi biasa aku bagi lebih pada dia.. jiran lama aku ni pengasuh jugak tapi masa anak pertama aku ni lahir, dia jugak bakal lahirkan anak dia sendiri, so dia bimbang tak dapat handle 2 baby at the same time, so dia tolak nak jaga anak aku.. mula2 memang dia nak jaga.. tapi bila dia dapat tahu dia pregnant, dia tolak..  tapi aku fikir sampai bila aku nak hantar aku merata macam ni time cuti sekolah kan? bila jadi macam ni, aku decide tukar sekolah.. cari punya cari jumpa tadika sekarang yang kemudahannya setempat sahaja dengan kadar bayaran yang berpatutan..

2. sebab aku dah pregnant anak kedua waktu ni.. so aku nampak kos akan semakin meningkat kalau aku terus hantar ke taska lama kedua2nya..

Untuk adik, aku plan nak hantar tempat sama dengan kakaknya senang.. now dah hantarla adiknya sama tempat dengan kakaknya..
so sekarang aku senang hati sebab kos taska kedua-dua anak aku
RM160-anak pertama
RM280-anak kedua
RM440-total

Tahun depan aku plan nak tukarkan anak aku ke PRA-Sekolah.. untuk dedahkan dia dengan persekitaran dan suasana sekolah.. untuk yang ni aku dah tanya2, kosnya hanya RM160 sekali bayar.. termasuk 2x makan.. lepas tu aku plan akan hantar anak aku transit setiap hari isnin-jumaat ke taska sekarang dengan kos RM145 sebulan (Transit+KAFA).. maknanya tahun depan akan ada penjimatan sebanyak RM15..

Hopefully urusan aku dipermudahkan..

                                 



Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 04:16 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 22-6-2016 07:50 AM
rm150 sebulan upah?
tapi yela kan, daripada duduk rumah tak buat pape kan..
adik iols pun kek ...

Bukan nak kata apalah...
Sebelum ni dia praktikal.
Duk dengan aku jugak.
Masa tu aku macam berkira sebab.
Duduk umah aku goyang kaki je..
Anak aku hantar pengasuh.
Makan pakai pun aku tanggung.
Transport aku bagi (untuk pergi kerja).
Sewa rumah pun kami tak minta apa2 (RM700 tau)
Jadi aku rasa fair since dia bukan buat apa pun kan.
Duk tengok korea semata.
Makan aku masak.
Daripada aku duk merungut dalam hati, elok dia jaga anak aku.
Lagipun anak aku dah besar.
Nak belanja apa pun semua kami yang sediakn.
Kalau dia dah kerja esok2, pandailah aku cari pengasuh..
Ke kejam sangat bagi RM150?
What do you think?


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 04:29 PM | Show all posts
Edited by spankee_fili at 28-6-2016 09:00 AM
SitiRopeah replied at 27-6-2016 04:16 PM
Bukan nak kata apalah...
Sebelum ni dia praktikal.
Duk dengan aku jugak.

susah nak bagi komen ni..
sebab kalau dia dok goyang kaki jek pun memang kita sakit hati jugak kan..
dulu meols pernah zaman matrix duduk rumah auntie sebab nak buat part time ..
makan minum memang dia yang masakla..
baju meols basuh sendiri, seminggu sekali masuk mesin..
pastu hujung bulan sheols mintak rm50 ke rm100 tak ingatla kan...
mungkin bagi dia tu patut, tapi masa tu meols terasa sangat tau..
mentang2la kita tumpang dia kan..
pastu memang meols takde dah la nak tumpang2 umah orang ni..
biarpun duduk dalam bilik kecik ke ape mesti nak sewa sendiri jek..hihihi

tapi skang ni adik meols kalau cuti sem salu datang umah meols jadik maid..
basuh baju weols laki bini seminggu sekali..
makan selalunya weols keluar..
kemas rumah ngan sapu sampah (tapi rumah meols tak ramai so takdela sepah pun)..
basically tak buat apa pun la..
tapi meols bagi upah dalam rm200, pernah bagi rm300 sebulan..
sebab kesian takde duit poket..
basically hanya sebab kesian kat budak tu..
tapi tak taula kan, nanti kalau beliau dah abes stadi pastu jadik biawak hidup kat umah meols, mungkin masa tu meols pun akan mula naik hangin kat beliau dan jadik macam macik meols tu - kutip duit sewa kat anak sedara...

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 02:46 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 27-6-2016 08:29 AM
susah nak bagi komen ni..
sebab kalau dia dok goyang kaki jek pun memang kita sakit hati jugak ka ...

Personally, aku tak suka ada orang lain dalam rumah.
I mean, aku suka privacy.. yelah.. kita baru nak mulakan hidup,
dengan anak kecik lagi.. financial pun tak kukuh mana.
Tiap2 bulan mesti ada allocation kan.
Bila ada orang lain,
secara tak langsung expenditure tu bertambah.
dan saving pun berkurang.
Kalau jenis menghulur tak apa juga.
Masa adik ipar aku praktikal dulu, dia dapat elaun RM500-RM800 sebulan.
Aku tak adalah minta, sebab tahu tu duit dia kan..
Tapi laki aku pernah lah juga cakap
"Dia tu tak pernah pun belanja kita makan, kan?"
Aku senyap je.. tapi dalam hati aku setuju lah juga..
Orang kata kita ada ihsan la kan kat tuan rumah..
cuma lepas dia praktikal tu, aku ingat dia nak balik kampung,
tapi dia macam stay je dengan kami (buat tak reti je).
So, aku kenalah juga berfikir demi kemaslahatan bersama.
Pernah juga aku stress dan tension sebab memikir pasal ni semua.
Tapi lama-lama aku redhakan jelah.
Kalau aku letih aku suruh je dia buat kerja.
So that aku tak adalah merungut dalam hati kalau kena buat kerja sorang-sorang.
Ini jela yang aku mampu setakat ni.
Kalau kau orang ada cadangan lain, silakan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 08:14 AM | Show all posts
5 years ago, charge baby sitter kat area cheras ni rm300 dari 7.30 am - 5.30 pm
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 10:53 AM | Show all posts
I hantar anak 2 orang kat rumah pengasuh total rm700.. tapi setiap bulan i akan belikan dia barang2 dapur n kalu ada rezeki lebih i bagi bonus juga.. dia pn da anggap anak2 i macam anak2 sendiri.. setakat ni dah 5 tahun dia jaga anak2 i..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2016 09:19 AM | Show all posts
saya hantar nursery area shah alam

dua orang anak rm750.

kakak-rm350(3thn)
adik-rm400(1thn stgh)

tp setiap bulan cecah rm800 jugak sebab OT
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 12:34 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 22-6-2016 03:34 PM
bagus nye adik ipar sis.
anak yg die jaga skrg ni umur bpe?

bagus tp kalau boleh jgn lama2 sangat. sian dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.086585 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list