Nabila Huda enggan memikirkan perkara-perkara tahyul- Foto ONG SOON HIN
KUALA LUMPUR: Pelakon Nabila Huda menganggap seseorang yang mempercayai bomoh adalah satu perbuatan yang karut.
Nabila berkata, kepercayaan segelintir masyarakat yang menganggap bomoh mampu mengetahui perkara yang berlaku di alam ghaib dan meramalkan sesuatu perkara adalah perkara yang pelik.
"Saya tetap tidak mempercayai bomoh walaupun ada beberapa rakan saya mendakwa terkena 'buatan orang' tetapi saya tetap menganggap ia satu kepercayaan yang karut dan saya tidak mempercayainya. Saya juga enggan mengambil tahu tentang kemahiran seseorang bomoh," katanya.
Tambah Nabila, walaupun begitu anak kepada Amy Search ini masih lagi mempercayai perkara-perkara berkaitan makhluk halus.
"Dalam Islam sudah tertulis bahawa wujudnya makhluk halus dan saya mempercayainya.
Nabila, Azam Pitt dan Wan Sharmila bergandingan dalam drama Si Jundai.
"Tetapi saya tidak mahu memikirkan perkara tersebut kerana ia boleh membuatkan saya berimaginasi benda-benda yang menakutkan" ujarnya.
Walaupun tidak mempercayai khidmat bomoh, hal itu tidak menjejaskan untuk Nabila menghayati watak sebagai seorang pelajar kolej yang mempunyai ilmu dukun menerusi drama baru, “Si Jundai”, terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd.
Kata Nabila, dalam drama tersebut dia melakonkan watak sebagai Desi, yang mempunyai jiwa hasad dengki dan dendam yang tebal dan cuba menggunakan ilmu bomoh yang diwarisi daripada keluarganya menghancurkan hidup adiknya sendiri.
"Watak Desi yang memiliki ilmu mengubati pesakit sememangnya mencabar buat saya yang tidak mempercayai perkara tahyul itu.
"Bagaimanapun, saya berjaya melakukannya dan ia merupakan sebuah watak yang sukar untuk dilaksanakan lebih-lebih lagi saya perlu menghafal beberapa mantera yang bunyinya kedengaran sedikit pelik," selorohnya.
Drama yang bakal disiarkan pada Isnin hingga Khamis, pukul 4 petang, menerusi slot Legenda itu turut dibarisi pelakon Azam Pitt, Wan Sharmila, Faralyna dan Tasha Shilla.
Sijundai mempertaruhkan nama-nama baru untuk menghidupkan watak-watak rekaan penulis skrip ini.
Mengisahkan sebuah keluarga yang berantakan kerana cinta yang dipengaruhi oleh ilmu pengasih, segalanya bermula apabila Sarah (Wan Sharmila) menyaksikan sendiri bagaimana ibunya dihalau dari rumah sewaktu kecil.
Sarah telah mewarisi bakat ibunya dalam bidang seni tari, namun ayahnya tidak merestuo Sarah meneruskan bakat dan minatnya itu. Akhirnya Sarah berjaya juga melanjutkan pelajaran ke salah sebuah institusi seni.
Di sana, Sarah bertanya dengan Gema (Azam Pitt) seorang pemuda dari Sumatera Barat yang berjaya memikatnya dengan kebolehan bermain alat muzik, namun perjalanan seni dan cinta Sarah tergugat di tengah jalan dengan kehadiran Desi (Nabila Huda), bekas kekasih Gema.
Dihasut denganperasaan dengki dan dendam, Desi menggunakan ilmu sesat untuk memisahkan Sarah dan Gema. Ilmu pengasih Sirompak dan Gasing Tangkurak digunakan untuk mengganggu sarah dan dia kemudiannya meletakkan kesalahan tersebut kepada Gema.
Sarah yang terpedaya akhirnya sedar pengkhiatan Desi yang sebelum ini merupakan sahabat karibnya. Mungkinkah Gema, Sarah dan juga Desi sendiri yang akan menjadi mangsa korban dendam dan ilmu sesat yang mengahantui keluarga mereka?
Jangan ketinggalan menyaksikan drama Sijundai di slot lagenda setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4petang.
layan sikit2...agak slow bagi aku...
tapi tak tahu citer ni berdasarkan cerita hikayat apa...
tapi bila tgk poster, laki tu macam pegang serunai, terus teringat citer peniup serunai yg bila dia tiup semua akan ikut dia..
ada sesiapa tahu citer berdasarkan citer hikayat apa?