|
SELANGOR terus mengukuhkan penguasaan mereka dalam carta pungutan pingat pada hari kedua Kejohanan Lumba Basikal Trek Terbuka Kuala Lumpur 2011 di Velodrom Kuala Lumpur di Cheras apabila menambah dua lagi pingat emas, semalam. \rKejayaan itu menjadikan jumlah keseluruhan pingat emas Selangor meningkat kepada empat emas selepas kejayaan dua emas pada hari pertama kejohanan kelmarin.\r\n\n\n\n\r Selangor memungut emas menerusi acara Pecut Berpasukan kategori lelaki dan wanita, menguasai dua daripada empat final yang dipertandingkan.\r\r\n\n\n\n\n Pada saingan akhir lelaki semalam, trio Selangor dianggotai Hamdan Hamidun, Mohd Elmi Jumari dan Mohd Farhanis Ishak mencatat masa terpantas, seminit 07.560 mengatasi Kedah dan Johor.\rDalam kategori wanita, pasangan Nurul Ahmar Badeuzzaman dan Nur Syamira Anis Saidi Ahmad membuktikan mereka juga mampu menjelmakan kilauan emas dengan catatan 54.116 saat bagi mengetepikan pasangan Kedah dan Pahang.\rSementara itu, pelumba pelapis kebangsaan yang mewakili Perlis, Jupha Som Net membuktikan kejaguhannya apabila memenangi emas acara 3 kilometer (km) kejar-mengejar individu dengan masa 4:23.562s.\rJupha berkata, kemenangan itu memberikan lebih keyakinan kepadanya menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA), 2 hingga 12 Jun ini.\r\n\n\n\n\rSelepas berakhir hari kedua, Selangor kini mengungguli carta pungutan pingat dengan empat emas, tiga perak dan satu gangsa diikuti Perlis (2-0-0), Pahang (1-0-2), Negeri Sembilan (1-0-0), Johor (0-2-3), Kedah (0-2-1), Kelantan (0-1-0) dan Sarawak (0-0-1).\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|