CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Al-Qaeda pilih al-Zawahri ganti Osama

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
KAHERAH: Al-Qaeda memilih orang nombor dua untuk menggantikan Osama bin Laden berikutan serbuan komando Amerika Syarikat bulan lalu yang membunuh pemimpin militan itu, kata satu kenyataan yang disiarkan dalam satu halaman web yang dikaitkan dengan rangkaian itu.\rAyman al-Zawahri (atas), yang akan memasuki usia 60 tahun minggu depan, dipercayai beroperasi dari tempat berhampiran sempadan Pakistan-Afghanistan.\r\n\n\n\n\r   Beliau adalah anak seorang keluarga doktor dan ulama Mesir kelas pertengahan atas. Bapanya adalah seorang profesor farmakologi di sebuah sekolah perubatan di Universiti Kaherah, sebuah pusat pengajian agama utama.\r\r\n\n\n\n\n   Dalam satu rakaman video disiarkan awal bulan ini, al-Zawahri memberi amaran bahawa Amerika Syarikat berhadapan dengan bukan pengganas individu atau kumpulan tetapi masyarakat antarabangsa Islam yang cuba untuk memusnahkannya dan sekutu beliau.\r“Hari ini, Amerika Syarikat tidak berhadapan dengan satu individu, sebuah kumpulan atau serpihan,” katanya yang memakai jubah putih dan serban dengan senapang bersandar di dinding di belakang beliau.\rAl-Zawahri juga memuji Osama, yang terbunuh dalam serbuan 2 Mei oleh Tentera Laut SEALs Amerika Syarikat di bandar tentera Pakistan, Abbottabad, dan mengkritik Amerika Syarikat kerana menguburkan beliau di laut.\r“Beliau pergi kepada Tuhannya sebagai syahid, orang yang menakutkan Amerika Syarikat ketika hidup dan menakutkan mereka dengan kematian, sehingga mereka mendapat idea dengan kubur terbabit,” katanya.\r\n\n\n\n\rAl-Qaeda tidak mempunyai butiran mengenai proses pemilihan bagi menggantikan Osama tetapi berkata bahawa ia adalah satu penghormatan terbaik untuk memperingati ‘kematian syahid’ beliau.\rKenyataan itu mengumumkan penggantian al-Zawahri adalah penuh dengan retorik biasa rangkaian keganasan itu, berikrar untuk meneruskan perjuangan menentang apa yang dipanggil ‘penaklukan kafir yang diketuai Amerika dan Israel yang menyerang kediaman Islam.\rKumpulan itu juga berkata bahawa ia tidak akan menerima kesahihan Israel dan akan meneruskan sokongan umat Islam di Afghanistan, Iraq dan Afrika Utara. – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 04:05 PM GMT+8 , Processed in 1.568377 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list