CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

100 berhimpun di luar kedutaan China

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
HANOI: Lebih 100 penduduk Vietnam dilaporkan berhimpun di luar kedutaan China di Hanoi bagi tiga hari minggu berturut-turut semalam berikutan pertikaian maritim dengan Beijing.\rKumpulan itu menyanyikan lagu patriotik, bersorak dan membawa sepanduk tertulis antaranya ‘China berhenti melanggar perairan Vietnam”, yang merujuk kepada pertikaian membabitkan dua kepulauan di Laut China Selatan.\r\n\n\n\n\r“Laut Timur bukanlah perkampungan China. Saya ke sini untuk menunjukkan patriotisme,” kata seorang penunjuk perasaan yang enggan mendedahkan namanya.\r\r\n\n\n\n\nPenunjuk perasaan jarang berlaku di Vietnam di mana perhimpunan kecil diterima tetapi perhimpunan lebih besar mengundang  risiko penangkapan politik, tetapi sentimen anti-China baru-baru ini membawa penduduk ke jalanan.\rPolis di perhimpunan semalam, yang melebihi kehadiran orang ramai menyedari semangat patriotik tetapi memberitahu mereka melalui pembesar suara: \r“Perhimpunan anda di sini mungkin akan menyusahkan keadaan, menyulitkan hubungan politik di antara kedua-dua negara.”\rNegara jiran komunis itu menjadi tumpuan berikutan pertindihan tuntutan Pulau Paracel dan Spratly yang mempunyai  minyak serta perairan di sekitarnya.\rKetegangan mula menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu di Laut China Selatan di mana Vietnam dilaporkan melakukan lima latihan tentera selepas mendakwa kapal China melanggar  kapal mencari minyak milik negara itu dan menjejaskan pencarian yang lain. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 04:12 PM GMT+8 , Processed in 1.073919 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list