CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

5 juta terjejas banjir di China

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
432,200 hektar kawasan tani musnah ZHEJIANG: Lebih lima juta penduduk China dipercayai terjejas disebabkan banjir teruk di timur serta selatan negara itu dan keadaan dijangka bertambah buruk selepas hujan lebat diramal berterusan beberapa hari lagi.\rKerajaan China meningkatkan amaran bencananya kepada tahap tertinggi berikutan banjir baru-baru ini yang menyebabkan kerugian bernilai lebih AS$1.19 bilion (RM3.57 bilion).\r\n\n\n\n\r   “Banjir buruk akibat hujan lebat akan berterusan turut mengancam sebahagian selatan China,” kata Menteri Sumber Air, Chen Lei, di sini semalam.\r\r\n\n\n\n\n   “Ini meningkatkan lagi kemungkinan hujan lebat, dengan kekerapan dan lebih banyak, berterusan melanda wilayah di selatan,” katanya dalam ucapan yang disiarkan melalui halaman web kementeriannya.\rHujan lebat melanda wilayah Zhejiang hujung minggu lalu dan paras sungai di bandaraya Lanxi meningkat dengan mendadak, kata timbalan pengarah ibu pejabat kawalan banjir, Zhao Fayuan.\rParas air sungai Lanjiang kini mencecah 34 meter, tertinggi sejak 1966, lapor agensi berita Xinhua.\rBeberapa bahagian empangan di bandaraya Lanxi tidak lagi dapat menampung banjir, kata Zhao. Lebih 20,000 penduduk boleh terjejas jika empangan terbabit pecah, katanya.\r\n\n\n\n\rHujan lebat menyebabkan kawasan Hubei dan Zhejiang ditenggelami air, dengan lebih satu juta ekar (432,200 hektar) kawasan pertanian ditenggelami air, lapor Xinhua.\rLebih 7,000 rumah rosak atau musnah dan hampir 1,846 perniagaan terpaksa menangguhkan operasi mereka. Banjir di timur dan selatan China bulan ini menyebabkan lebih 170 penduduk maut atau hilang.\rStesen berita Al Jazeeera melaporkan, angka kematian dijangka terus meningkat.\rPetani yang dipetik Xinhua pula berkata, keadaan banjir tahun ini adalah terburuk dalam tempoh 20 tahun selepas menenggelamkan hasil sayur-sayuran sebanyak 20 peratus selain menjadi punca kekurangan bekalan buah-buahan dan bijirin.\rHarga sayur hijau juga meningkat dengan mendadak, lapor Xinhua sambil menambah bahawa kadar inflasi sebanyak 5.5 peratus adalah tinggi bagi tahun ketiga.\r“Kos ekonomi ini adalah besar berikutan tanaman musnah teruk di tengah, selatan dan terutama di timur China,” lapor  Al Jazeera. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.207090 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list