View: 165|Reply: 0
|
Ratu California raih Miss USA
[Copy link]
|
|
Campanella wakili AS ke Miss UniverseLAS VEGAS: Gadis berusia 21 tahun yang mewakili California dinobat ‘Miss USA’ di Las Vegas, kelmarin. \rAlyssa Campanella dari New Jersey, negeri yang diwakilinya ketika bertanding ‘Miss Teen’ pada 2007, adalah pilihan utama untuk menang.\r\n\n\n\n\rRatu Tennessee mendapat tempat kedua diikuti wakil Alabama di tempat ketiga dan peserta Texas keempat.\r\r\n\n\n\n\nCampanella akan mewakili Amerika Syarikat di pertandingan ratu cantik, ‘Miss Universe’ yang akan diadakan di Sao Paulo, Brazil, pada 12 September depan.\rCampanella dimahkotakan penyandang, Rima Fakih, gadis kelahiran Muslim Lubnan yang menjadi peserta Arab Amerika pertama meraih gelaran itu.\rSemasa pertandingan, Campanella mendedahkan beliau adalah peminat sejarah terutama mengenai zaman Tudor dan Stuart serta keluarga diraja yang paling digemarinya ialah Ratu Scotland, Mary yang dihukum pancung pada 1587.\rCampanella dipilih memenangi pertandingan itu walaupun memberikan jawapan tidak jelas apabila disoal hakim sama ada marijuana perlu dibenarkan di California.\rBeliau menjawab, marijuana penting untuk perubatan tetapi tidak pasti langkah membenarkannya dapat membantu memerangi dadah.\r\n\n\n\n\rPeserta dari Tennessee yang juga pelajar kewartawanan, Ashley Elizabeth Durham, 21, bersetuju pembakaran bendera Amerika tidak perlu dilindungi akta kebebasan bersuara sebaliknya membakar buku agama tidak wajar sama sekali.\rPeserta Alabama, Madeleine Mitchell, 22, berkata pembuli internet yang mengejek sasaran mereka untuk bunuh diri perlu didakwa. \rPeserta Texas, Ana Rodriguez, 25, menerima tepukan gemuruh apabila berkata: “Isteri tokoh politik yang suami mereka terbabit skandal seks perlu cari lelaki yang mencintai anda.” – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|