CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: 7teen

(BINCANG) PERJANJIAN & DOKUMEN LAMA MALAYSIA 1791-1965

[Copy link]
Post time 19-12-2011 12:58 PM | Show all posts
kadang2 aku heran nape la org kite dulu2 senang2 je biarkan diri diperbodohkan hidup2 camtu. patot la lame beno kite kene jajah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2011 03:04 PM | Show all posts
kadang2 aku heran nape la org kite dulu2 senang2 je biarkan diri diperbodohkan hidup2 camtu. patot l ...
kurtzuandy Post at 19-12-2011 12:58

PERJANJIAN SIR STAMFORD RAFFLES 1819





Dato' Temenggung Seri Maharaja Abdul Rahman Raja Singapura yang memerintah negeri Singapura dan sekalian tukun pulau mana yang di dalam perintahnya Singapura di dalam dia punya nama sendiri dan di dalam nama Seri Sultan Hussein Muhammad Shah Raja Johor dengan Seri Paduka Thomas Stamford Raffles Leftenan Gabenor Bangkaulu serta dengan segala daerahnya wakil Seri Maharaja Gabenor Jeneral di Bengal Yang Maha Mulia.

      Maka dari sebab lama bersahabat dan berdagangan perniagaan antara Kompeni Inggeris dengan negeri-negeri daerah yang di bawah perintah negeri Singapura Johor itulah baik dibakikan pekerjaan yang patut tiada boleh putus selama-lamanya.

     PERKARA YANG PERTAMA.Maka boleh Kompeni Inggeris membaki loji akan penduduk di Singapura atau lain-lain tempat yang di bawah perintah Singapura Johor.

     PERKARA YANG KEDUA.Maka dari sebab itu Kompeni Inggeris berjanji pelihara Datuk Temenggung Seri Maharaja.

     PERKARA YANG KETIGA.Dari hal tanah kompeni mahu baki loji penduduk Kompeni boleh kasi pada satu tahun kepada Datuk Temenggung Seri Maharaja tiga ribu rial.

     PERKARA YANG KEEMPAT.Maka Datuk Temenggung ada perjanjian selama-lamanya yang kompeni Inggeris boleh duduk dan pelihara seperti janji ini tiada ia boleh masuk bicara atau lepas masuk di dalamdaerahnya pada segala bangsa yang lain daripada bangsa Inggeris.

     PERKARA YANG KELIMA.Maka apabila datang Seri Sultan yang di jalan sampai di sini boleh habiskan segala perkara-perkara hal perjanjian ini dan tetapi baiklah Kompeni Inggeris boleh pilih satu tempat mahu dinaikkan bala tenteranya dengan alat perkakasnya dan menaikkan bendera Kompeni Inggeris maka dari itu diturunkan tandatangan dan cap kita di dalam kertas ini tatkala diperbuat surat ini kepada empat hari bulan Rabiul Akhir 1233.


   cap dan tandatangan...
   






P/S : Apa pendapat korang yerk?  
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 03:31 PM | Show all posts
Reply 61# kurtzuandy

sebab kes raja rebut takhta lah, rebut tempat kutip cukai la dll..... semua sbb kepentingan diri golongan atasan.... samalah mcm zaman moden ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 07:12 PM | Show all posts
Reply 63# zaharul_asriq94


yes.
btol ape mcm asriq cakap.
sebenarnya, bg saya, zaman dulu dan zaman skrg ni adalah sama.
kan ni kan adat dunia.
yg mana akan ada di setiap diri manusia n zaman masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 07:17 PM | Show all posts
Reply 61# kurtzuandy


ehh...jgn cakap mcm tu.

sebenarnya, bg saya, kebanyakan raja2 dulu mempunyai kebijaksaan tersendiri.   

cth Kedah.
sebenarnya, Sultan Kedah mule2 membuat tawaran ngan Syarikat Hindia Inggeris. Bukan alih2 je bagi kat SHTI.
SHTI nak buke pelabuhan kat Kedah. Jadik SUltan Kedah buat la tawaran2 ni. then SHTI tak dapat nak ikot. SHTI tak dapat ikot artikel brape ntah. dah lupe. then baru ja bergaduh. SHTI dapat Kedah melalui peperangan. tambahan lagi, time tu SUltan Kedah ada tekannan yg kuat dari Siam, Selangor dan Perak.

kalu nak baca pasal ni cube carik buku R. Bonney. DIe mmg menjelaskan Kedah ni bukan bg mcm tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 07:18 PM | Show all posts
Reply 59# wartakita

tentula raja2 melayu dan penduduk tempatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2011 08:45 PM | Show all posts
P/S : Apa pendapat korang yerk?
7teen Post at 19-12-2011 15:04



   pemerintah dulu x setanding ngan penjajah, tuk nak teruskan berkuasa dorg bersekongkol la ngan penjajah:@
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 08:48 PM | Show all posts
Reply  kurtzuandy

sebab kes raja rebut takhta lah, rebut tempat kutip cukai la dll..... semua sb ...
zaharul_asriq94 Post at 19-12-2011 15:31



   same cam cara puak pembangkang nak menang pru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2011 10:09 PM | Show all posts
nak kuasa, nak duit, tergadai bangsa
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 10:29 PM | Show all posts
antara perjanjian ang merugikan tanah melayu bagi aku adalah perjanjian inggeris-belanda,perjanjian bangkok dan juga perjanjian antara sultan md jiwa dengan francis light kalau idak kedah idek ler semiskin sekarang kalau ada penang lagi(baca port)..

yang sultan johor ngn stamford raffles amik singapore ada perjanjian jugak kan?tu pon merugikan jugakk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.057140 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list