View: 167|Reply: 0
|
OCBC Cycle Malaysia sasar 5,000 penyertaan
[Copy link]
|
|
BUAT julung kalinya, perlumbaan basikal OCBC Cycle Malaysia dianjurkan di Kuala Lumpur 14 hingga 16 Oktober depan selepas menerima sambutan menggalakkan apabila dipentaskan sejak tiga tahun lalu di Singapura.\rPengarah Urusan Spectrum Worldwide, Chris Robb berkata, selaku penganjur, mereka menarik penyertaan lebih 5,000 peserta pada tahun pertama OCBC Cycle Singapura dan ia meningkat kepada 10,000 peserta tahun ini.\r\n\n\n\n\r “Sasaran pada penganjuran pertama di Malaysia ialah kira-kira 4,000 hingga 5,000 peserta dan kami berharap tahun depan, kami dapat menambah acara bagi pelumba profesional seperti yang dianjurkan di Singapura,” katanya selepas majlis pelancaran OCBC Cycle Malaysia 2011, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Pada perlumbaan itu nanti, empat kategori dipertandingkan - Tricycle Ride (100 meter), Mighty Savers Kids Ride (4 kilometer), The Community Ride (24 km) dan The Challenge (48 km) bagi membolehkan segenap lapisan masyarakat menyertai acara itu sambil memupuk gaya hidup sihat.\rTimbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Datuk Naim Mohamad berkata, badan induk berbasikal negara menyokong penganjuran perlumbaan seumpamanya yang dapat menarik lebih ramai masyarakat kepada budaya berbasikal.\r“Mengikut jadual asal, Kejohanan Grand Prix (GP) Kebangsaan berlangsung 16 Oktober itu namun dengan persetujuan Presiden MNCF (Abu Samah Abd Wahab), kami membuat keputusan menangguhkan GP di Sabah itu bagi menggalakkan lebih ramai pelumba kebangsaan menyertai dan menyokong OCBC Cycle Malaysia,” katanya.\rMereka yang berminat boleh mendaftar di www.ocbc.cyclemalaysia.com.my dengan yuran penyertaan RM22 dan peserta yang menyertai kategori The Challenge bakal menerima jersi edisi terhad.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|