CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 1

Impian Malaysia terkubur

[Copy link]
Post time 17-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
CABARAN Malaysia pada kejohanan bola sepak Piala Asean Bawah 13 Tahun Yamaha 2011 berakhir apabila tumpas 4-0 ketika bertemu juara bertahan, Indonesia di Stadium Yamaha, Muang Thong Thani, semalam.Jurulatih  negara, N Radakrishnan berkata, skuadnya sudah melakukan yang terbaik namun persiapan singkat enam hari bagi menghadapi kejohanan  ternyata tidak mencukupi.\n\n\n\n   “Pada awal lagi kami sedar laluan agak sukar apabila diletakkan dalam kumpulan maut. Dalam perlawanan tadi (semalam), saya lihat tahap kecergasan pemain kita lebih rendah berbanding Indonesia yang mempunyai jentera serangan  bagus,” katanya.  \n\n\n\n\n   Dalam perlawanan kedua kumpulan B itu, Indonesia menyumbat empat gol menerusi Aldo Prasteyo pada minit keenam, Febriza Nazri Anas (m-9), Dandi Usman Kahar (m-29) dan Andi Abdul Azis Zulfikar (m-32). Radakrishnan berkata, Malaysia yang akan menjadi tuan rumah kejohanan edisi keempat tahun depan, perlu melakukan persiapan awal bagi memperbaiki persembahan.“Jika sekali lagi diberi peluang membimbing skuad negara tahun depan, saya memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan untuk menghasilkan keputusan membanggakan,” katanya yang dibantu penolong jurulatih, Abdullah Suhaimi Mohamad Nor.Dalam satu lagi perlawanan kumpulan A, Vietnam melangkah ke separuh akhir apabila membenam India 5-2.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2011 05:14 PM | Show all posts
6 hari jer....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.060114 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list