|
Brazil gagal dalam saingan penentuan penalti\rLA PLATA: Paraguay mara ke separuh akhir Copa America selepas menyingkirkan juara bertahan Brazil 2-0 dalam penentuan sepakan penalti selepas keputusan masa tambahan terikat 0-0.\r\n\n\n\n\r Penjaga gol Paraguay, Justo Villar menafikan sepakan Thiago Silva dan Elano, Andre Santos serta Fred juga gagal menyumbat masuk, sekali gus menyaksikan mereka tersingkir daripada saingan sehari selepas tuan rumah, Argentina tewas kepada Uruguay.\r\r\n\n\n\n\n Argentina juga tewas dalam penentuan penalti selepas penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera beraksi cemerlang menghalang sepakan penalti Carlos Tevez.\rPrestasi hebat dipamerkan Villar menghalang Brazil daripada menjaringkan gol walaupun menguasai perlawanan sejak mula.\r“Selepas cara kami bermain hari ini, saya tidak pernah melihat keputusan yang tidak adil sepanjang karier saya,” kata perancang Brazil, Ramires.\rIa adalah pertama kali sejak 1989 Paraguay mara ke final buat kali keempat dalam kejohanan ini.\r\n\n\n\n\rParaguay tidak pernah memenangi empat perlawanan setakat ini tetapi akan berdepan Venezuela, yang mengejutkan Chile 2-1 di separuh akhir. \rUruguay dan Peru, yang menewaskan Colombia Sabtu lalu, bertembung dalam satu lagi separuh akhir.\r“Brazil sepatutnya menang selepas 90 minit,” kata jurulatih Paraguay, Gerardo Martino. “Kadang kala kita mendapat keputusan ini. Kami bermain dengan corak berbeza berbanding apa yang dirancang.”\rBrazil memburu kejuaraan ketiga berturut-turut Copa America selepas menang empat daripada lima kejohanan dan jurulatih, Mano Menezes membawa skuad campuran dianggotai pemain veteran dan bakat baru sebagai persiapan menghadapi Piala Dunia 2014 di tanah air sendiri. – AP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|