View: 4807|Reply: 8
|
Apakah jenis tulisan dalam autograph PB
[Copy link]
|
|
Apabila kita melihat PB, manuskript-manuskriptnya ditulis dalam tulisan Greek. Justeru saya ingin mengemukakan pertanyaan apakah autograph PB itu juga ditulis dalam tulisan Greek atau tulisan lain selain Greek seperti Hebrew atau apa?
Jika autograph PB itu ditulis dalam tulisan lain selain Greek, makanya manuskript-manuskript Greek itu hanyalah kitab terjemahan semata-mata. Atau apakah tulisan dalam autograph PB juga bertulisan Greek?
Kepada kelompok kristian, sila kemukakan jawapan kamu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada siapakah mana-mana individu daripada kelompok krstian yang ingin memberikan penjelasan ke atas persoalan yang amat simple ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya soalan yang simple macam nih pun, tiada siapa daripada individu yang sanggup untuk memberikan penjelasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by erusi2 at 20-8-2011 22:34
Sehingga sekarang (20 Agos 2011), saya telah mengemukakan 13 ayat dalam bible yang mempunyai pelbagai versi (walaupun ianya melibatkan nombor ayat yang sama) yang sehingga kini tiada dapat ditentukan oleh kelompok kristian versi manakah yang asli, dengan mengemukakan bukti yang kukuh dan bersifat pasti. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang kristian dah lari dari forum ni ker??? Sunyi sepi jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Sy pn ingin tau gak..xder ker yg ingin mmberikan pnjelasan?? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by louiektc at 18-12-2011 15:23
Apabila kita melihat PB, manuskript-manuskriptnya ditulis dalam tulisan Greek. Justeru saya ingin me ...
erusi2 Post at 20-7-2011 11:30
Apa yang saudara lihat dan baca itu adalah poskad-poskad yang dijual di kedai.Macam poskad Micheal Jackson terjatuh di tangan orang asli. Adakah orang asli percaya orang itu MJ, Sekiranya tidak ditandatangani oleh MJ sendiri di hadapannya?
Kalau nak minta autograf bible, cara yang paling sesuai adalah minta kepastian daripada Tuhan selepas memahami keseluruhan kandungannya, siapakah Tuhan dalam tu, dan apa bentuknya, apa hubungan dengan kamu dan..... Jangan percaya kata-kata orang lain selain daripada kepastian Tuhan sendiri. Kerana bible yang sama akan memberi tujuan yang berlainan kepada orang yang berlainan. Apa yang diberikan aku hanya bagi tujuan aku, dan tidak semestinya sesuai untuk kamu.
Secara umum, jangan susah payah membaca dalam bahasa alient. tulisan kuno Greek itu menyambung semua huruf-huruf dalam satu ayat, ataupun tulisan hebrew moden pun tidak kita faham. Bagi Qumran scroll pula secebis sana sini. Sila gunalah bahasa Ingeris terjemahan moden common seperti NIV, NKJV untuk buat rujukan. Tangkaplah konsepnya baru masuk kajian detail. Sampai masa itulah baru minta autografNya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# louiektc
Saya hanya ingin tahu apakah autograph PB itu ditulis dalam bahasa Greek. Autograph PB itu bermaksud naskah asal PB itu. Autograph PB itu bukan bermaksud tandatangan penulis asal PB. Ianya adalah bermaksud catatan asal yang ditulis oleh penulis asal PB itu sendiri. Justeru apakah penulis asal PB itu menuliskan catatan mereka dalam bahasa Greek atau dalam bahasa lain. Hanya itu yang saya ingin tahu sebenarnya.
Sebenarnya pada awal saya hanya mengkaji bible berdasarkan terjemahan semata-mata. Namun apabila saya mengemukakan persoalan dan permasalahan pada ayat-ayat dalam bible itu, seseorang individu kristian menyarankan saya supaya menyemak ayat-ayat bible itu di dalam bahasa aslinya iaitu bahasa-bahasa manuskript bible itu, dan bukannya terjemahan. Alasan yang diberikannya adalah penterjemah boleh melakukan kesilapan dalam terjemahan mereka. Saya melihat alasan tersebut ada betulnya. Sebab itu saya tumpukan terlebih dahulu pada manuskript-manuskriptnya, dan kemudian barulah saya meneliti terjemahan manuskript tersebut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|