|
Selepas 4 dekad, kumpulan ini terus menggamit perhatian peminatBIARPUN ramai artis dan kumpulan baru tumbuh bak cendawan selepas hujan, namun ia tidak sekali-kali menjejaskan nama kumpulan legenda, Alleycats. Kumpulan yang sudah memasuki usia empat dekad itu masih lebat dihujani pelbagai tawaran mengadakan persembahan.\rMalah ketika ditemui di Laman Santai, anjuran Istana Budaya (IB) Sabtu lalu, mereka tidak dapat duduk lama kerana perlu bergegas memenuhi persembahan di Kelab Taman Perdana Diraja di Taman Tasik Perdana yang akan bermula jam 9.30 malam. Mereka yang tiba di IB jam 8.30 malam hanya dapat duduk seketika memenuhi sesi autograf bersama peminat yang datang menyaksikan pertandingan karaoke lagu-lagu kumpulan terbabit.\r\n\n\n\n\r Pada hujung minggu pula, kumpulan ini aktif menyanyi di Kelab Sparx, Petaling Jaya. Sebelum ini, Alleycats juga pernah menjadi artis residen di beberapa hotel terkemuka tanah air. Begitulah rutin mereka dalam meneruskan kehidupan sebagai anak seni. \r\r\n\n\n\n\n Kata penyanyi utamanya, Datuk David Arumugam, walaupun Alleycats sudah berusia 43 tahun, mereka tidak pernah berasa terpinggir kerana masih ligat menerima pelbagai tawaran.\r“Alleycats memang bergantung kepada kerja menyanyi di kelab atau hotel. Sudah lebih setahun juga kami menyanyi di kelab Sparx. Sebelum ini pula kami diundang menjadi artis residen untuk hotel terkemuka. Itu sajalah caranya untuk kami memastikan Alleycats terus wujud.\r“Kami bersyukur sekalipun banyak kumpulan baru yang wujud, tetapi kami masih diberikan peluang untuk mengadakan persembahan termasuklah konsert kedua kami yang akan diadakan di IB pada September nanti.\r“Bagaimanapun konsert ini berbeza daripada persembahan pertama kami empat tahun lalu kerana ia lebih bercorak santai. Saya mahu peminat tidak terlalu terikat dengan protokol, sebaliknya saya mahu mereka datang untuk bergembira dan bersantai ketika menyaksikan persembahan kami nanti,” katanya.\r\n\n\n\n\rSetakat ini kata David, mereka belum memulakan latihan, sebaliknya kesempatan menyanyi di kelab tempat mereka bekerja boleh dikira sebagai sesi pemanas badan buat mereka.\rBegitu juga mereka belum memikirkan jumlah lagu yang akan dinyanyikan pada konsert yang dipecahkan kepada tiga segmen itu. Bagaimanapun David berkata mereka mungkin mendendangkan seberapa banyak lagu yang boleh, daripada 30 album yang dimiliki kumpulan terbabit, sejak daripada album pertama diterbitkan pada 1976 berjudul Terima Kasih.\rGlen ganti Loga\rTIGA segmen yang akan dimuatkan pada konsert selama tiga hari dari 16 hingga 18 September ialah 1Malaysia, Tribute To Loga dan Sepanjang Zaman. David akan dibantu anggota baru mereka, Glenville Charles Salay atau Glen, yang menggantikan tempat Loga. Glen juga bukanlah insan asing buat kumpulan berkenaan, sebaliknya dia yang menyertai kumpulan itu sejak setahun setengah lalu ialah sepupu isteri mendiang Loga.\rGlen yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai penyampai radio Time Highway Radio selama tiga tahun pada 1994, sebelum berhijrah ke Radio Redifussion atau kini dikenali sebagai Red FM, tidak mempunyai masalah untuk mendendangkan lagu kumpulan itu kerana dia juga antara peminat tegar Alleycats.\r“Bagi tahu saya siapa yang tidak minat kumpulan ini? Memang sejak dulu lagi saya meminati Alleycats, tetapi tidak sangka satu hari nanti saya akan menyertai mereka. Lagipun sebelum ini saya mempunyai kumpulan sendiri, tetapi selepas Loga meninggal dunia, mereka minta saya menyertai Alleycats. \r“Saya tidak menolak dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyanyikan lagu mereka. Bagaimanapun untuk konsert itu nanti, saya tetap memerlukan bantuan lirik di atas pentas kerana tidak semua lagu kumpulan ini mampu saya hafal,” katanya jujur.\rSementara itu, tambah David lagi, bagi memuaskan hati peminat, dia pasti akan menyanyikan lagu hit mereka agar peminat dapat pulang dengan kepuasan. \rSelain David dan Glen, Alleycats turut dianggotai Boy @ David Gabriel John (dram), Din @ Nasaruddin (gitar), Jimie Loh (bes) dan Mike Pravin (Keyboard). Pada konsert Sampaikan Salam Alleycats, penonton juga berpeluang melihat anak mendiang Loga yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru, Priyadashini, 24, mempamerkan kebolehannya menyanyi.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|