CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Rexy ramal beregu emas layak final kejohanan dunia

[Copy link]
Post time 2-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PADA firasat Rexy Mainaky, beregu emas negara - Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong memiliki segala ramuan untuk layak ke final Kejohanan Badminton Dunia bagi menggapai impian memburu mahkota kejuaraan selepas dipalit kekecewaan pada edisi, tahun lalu.\rJurulatih beregu berkenaan meletakkan sasaran tinggi itu pada kejohanan elit yang bermula di London pada 8 sehingga 14 Ogos ini dengan andaian akan berentap beregu nombor satu dunia dari China, Cai Yun dan Fu Haifeng.\r\n\n\n\n\r  Walaupun pasangan itu tidak memenangi sebarang gelaran pada kejohanan Grand Prix atau Siri Super  kebelakangan ini, Rexy berkata beregu nombor empat dunia itu berjaya layak ke final Seluruh England, Mac lalu.\r\r\n\n\n\n\n  “Keadaan adalah sama seperti tahun lalu. Mereka tidak menang apa-apa pada GP dan Siri Super, tetapi mereka cemerlang dalam Kejohanan Dunia. Nampaknya mereka membuat persediaan untuk ini,” katanya, semalam.\rBeregu nombor satu Malaysia itu layak ke final Kejohanan Dunia tahun lalu namun gagal menjulang gelaran setelah tumpas kepada Cai Yun dan Fu Haifeng 21-18, 18-21, 14-21.\rRexy, yang mempunyai keyakinan tinggi terhadap prestasi pasangan itu berkata skuad negara juga membuat persiapan lebih baik tahun ini dengan menjalani sesi latihan di Bath, London, kira-kira dua minggu sebelum kejohanan.\rKoo dan Tan, yang mendapat bye pada pusingan pertama, dijangka bertemu pasangan China, Liu Xiaolong/Qiu Zihan pada pusingan kedua.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.247238 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list