CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 107|Reply: 0

Lebih matang

[Copy link]
Post time 3-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
LAMA juga nama Farah Asyikin Zulkifli memperlahankan pembabitannya dalam dunia hiburan.\rTenggelam dan timbul yang kadang-kadang secara tiba-tiba  mendadak menimbulkan tanda tanya juga kepada segelintir peminatnya. Kenapa dengan Farah? Adakah dia berehat atau merajuk sehingga membuat keputusan mengasingkan diri dari kerjaya seni yang diceburinya. \r\n\n\n\n\rAh! rupa-rupanya bukan merajuk. Tetapi wanita kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu melalui fasa kesedihan dan kemurungan. Atas alasan itulah, dia mencari masa untuk mendapatkan ketabahan seterusnya memulihkan kekuatan diri yang hilang bahana daripada perceraiannya sebelum ini.\r\r\n\n\n\n\nFarah Asyikin ini kini tampil matang dan tiada lagi air mata membasahi pipinya kerana apa yang dihajatkan selepas ini adalah kelahiran dirinya yang baru dan lebih matang, yakin serta mampu meredah dunia seni dengan sejuta harapan baru.\r“Semua sedia maklum, empat tahun lalu adalah perjalanan yang sukar perlu saya lalui  dan kini saya sudah kembali. Kembali sebagai Farah yang matang,” katanya memulakan bicara dengan wajah yang masih menyimpan seribu tanda tanya.\rAkuinya secara jujur, perpisahan atau perceraian yang mengundang dirinya sebelum ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui dan kehadiran keluarga dan sahabat karib adalah pengubat kepada kelukaan itu.\r“Sewaktu saya berada dalam keadaan tertekan, keluarga dan rakan baik adalah pendorong kepada kekuatan yang saya kecapi hari ini. Saya terharu apabila ada peminat yang mendoakan kebahagiaan di sebalik kedukaan ini,” kata wanita kecil-molek ini ketika ditanya daripada manakah dia menghimpun semua kekuatan dan kembali ke laluan seni.\r\n\n\n\n\rMenjangkau usia 32 tahun, dia masih seperti sebelum ini, sentiasa tampil cantik dan mempesona dan ramah menghulur bicara.\r“Jika boleh saya tidak mahu perkara lepas disebut lagi, tetapi saya faham keperluan pihak media yang mahu mengetahui perkembangan terbaru saya. Sampai satu masa, saya tidak mahu lagi menyebut kesedihan lalu kerana jika saya mengimbau perkara lalu, bagaimana saya mahu menjadi Farah Asyikin yang kuat,” katanya sayu.\rAnak sulung daripada empat beradik berkahwin dengan doktor bedah, Dr Fariz Yahya pada Mei 2007. Bagaimanapun, rumah tangganya tidak dapat bertahan lama apabila mereka bercerai pada Mei 2008.\rKembalinya wanita yang menggenggam diploma dalam jurusan penyiaran dan pengiklanan ini mempersembahkan cenderahati kepada peminatnya dengan kelahiran album single  berjudul Kembali lagi Di Sisimu.\r“Sebenarnya lagu ini sudah dirakam tujuh tahun lalu dan saya menampilkan album ini sebagai percubaan mendekati hati peminat. Namun penyampaian saya menyanyikan lagu ini berbeza berbanding dulu kerana ia disampaikan dengan jiwa dan suara yang berbeza kerana jika diteliti suara saya dulu agak kecil berbanding sekarang,” katanya.\rFarah Asyikin sebenarnya pernah menghasilkan album di bawah naungan Nature Records pada Mei 2007, tetapi hubungannya dengan syarikat rakaman bebas itu dikatakan agak keruh gara-gara menangguhkan pengedaran albumnya. \rPada hujung tahun 2007, Farah turut membuka syarikat pengurusan sendiri iaitu Farah Asyikin Management Entertainment. Menerusi album sendiri, dia mula dikenali menerusi lagu single Dari Sini Ke Bintang-Bintang dan Get Happy. Dia juga pernah melahirkan album kompilasi Bebas  bersama Salem satu masa lalu.\rSebelum itu, Farah  yang  pernah meraih tempat ketiga dalam musim kedua pertandingan Malaysian Idol pada tahun 2005 dan tempat kelima dalam pertandingan One in a Million pada 2006 mengharapkan ada sinar bergemerlapan dalam perjalanan seninya kelak.\rMencari sesuatu yang lebih berharga, dia yang pernah membuka syarikat pengurusan sendiri iaitu Farah Asyikin Management Entertainment kini sudah ada yang mengatur laluan seninya bagi terus memberi impak kepada kerjanya sebagai anak seni.\r“Saya kini tidak keseorangan kerana pengurusan MCV menjadi sebagai syarikat yang menguruskan aktiviti seni saya,” katanya yang menunjukkan rasa selesa berada di bawah bimbingan penjaga kerjayanya itu.\rFarah yang akan hadir dengan album bergenre progresif pop ini memberitahu peminat adalah antara insan rapat yang sentiasa mahu mengetahui perkembangan dirinya dan dia sentiasa menghargai perhatian yang diberikan itu.\r“Jika peminat mendengar suara saya dan genre yang dibawakan saya nanti, mereka akan tahu itulah yang ingin saya berikan kepada mereka,” katanya tersenyum.\rMenyentuh soal hati, Farah yang sudah mengharumkan nama Malaysia di nusantara dengan meraih anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008 ini juga mengakui mempunyai kawan rapat dalam kalangan jejaka, namun menafikan ada hubungan istimewa dan hanya mentakrifkan hubungan itu sebagai hubungan sesama kawan.\r“Memang saya punyai kawan rapat lelaki, tetapi hubungan itu sekadar hubungan sahabat kerana saya mahu memfokuskan kepada kerjaya terlebih dulu sebaik pulih dari kesedihan lalu,” katanya yang tidak jemu-jemu memberitahu dia mahu lupakan kisah luka lalu.\rSempena Ramadan yang menggamit umat Islam untuk menjalani ibadat puasa, Farah menjadikan Kota Kuala Lumpur sebagai lokasi beraya dan seperti kebiasaan menyambutnya secara sederhana.\r“Katanya, dia sudah menerima beberapa tawaran sepanjang bulan Ramadan membabitkan aktiviti seni seperti majlis amal dan jemputan pihak hotel sebagai penyanyi.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.207757 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list