View: 182|Reply: 0
|
Dengarnya... Haizi rindukan dunia penyiaran
[Copy link]
|
|
LAMA juga Cik Normah tidak jumpa dengan penyanyi yang digilap daripada pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan, dan kemudian menjadi pembaca berita selepas mengurangkan aktiviti nyanyian. Siapa lagi kalau bukan Haizi Rani. \rWalaupun sudah hampir enam tahun tidak bersua muka, dari jauh dia sudah cam Cik Normah. Orangnya tetap peramah, malah rancak bercerita dan bertanyakan soal perkembangan terbaru.\r\n\n\n\n\rRupa-rupanya pelantun lagu Terus Melangkah itu sudah dikurniakan putera sulung yang diberikan nama Luth Iskandar Ahmad Fazlan pada 29 Mac lalu. Katanya, kelahiran anak secara pembedahan itu juga dianggap sebagai hadiah hari lahir paling bermakna yang bertepatan dengan ulang tahunnya sendiri. Apatah lagi selepas menunggu hampir dua tahun, baru dia dan suami dikurniakan cahaya mata.\r\r\n\n\n\n\nKatanya, buat masa sekarang tumpuan sudah tentu terhadap keluarga, terutama bayinya. Ketika peringkat awal perkahwinan dulu, mereka memang mengharapkan zuriat cepat, cuma rezeki agak lambat membuatkan suaminya menasihatkan supaya mengurangkan aktiviti seni. Sekarang ini, selepas melahirkan anak, hatinya semakin terbuka untuk kembali ke bidang penyiaran.\rCuma bukan menyanyi, sebaliknya kalau boleh ingin mengendalikan program bual bicara atau kembali membaca berita. Memang sebelum ini ada stesen TV mengajukan tawaran, tetapi ketika itu dia sedang hamil. Apabila anak sudah besar sedikit nanti, akuinya, mungkin dia tidak akan menolak. Apa pun Cik Normah ucapkan selamat maju jaya kepada ibu muda itu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|