CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

Nicol melangkah ke final Australia

[Copy link]
Post time 14-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bertemu seteru utama, Duncalf tentukan juara Terbuka Australia \rSELANGKAH saja lagi, jaguh skuasy nombor satu dunia Nicol David bakal melengkapkan satu lagi koleksi kejuaraannya selepas mara ke final Terbuka Australia di Canberra, semalam.\r\n\n\n\n\r   Bagai mengulangi perlawanan final Terbuka Malaysia bulan lalu, Nicol yang membuat kemunculan sulung di Terbuka Australia akan bertemu seteru utamanya, Jenny Duncalf yang juga pemain nombor dua dunia dalam kejohanan Siri Dunia WISPA itu, hari ini.\r\r\n\n\n\n\n   Ratu skuasy negara itu memastikan tempat di final selepas menumpaskan pemain tuan rumah, Rachael Grinham, 11-7, 13-11, 11-7 dalam perlawanan yang mengambil masa 34 minit, semalam.\rBerdasarkan rekod pertemuan sejak 2007, Grinham tidak pernah memenangi perlawanan ketika bertemu Nicol namun dia memberikan tentangan sengit terutama pada set kedua. \r“Saya tidak mahu sia-siakan peluang pada set kedua. Saya tahu dalam situasi ini, lawan akan terus memberikan tentangan, jadi permainan dalam set itu penting untuk saya.”\rNicol berkata, Grinham tidak melakukan sebarang kesilapan namun dia sudah melakukan kerja keras untuk memastikan tempat di final.\r\n\n\n\n\r“Kami selalu bertemu dan perlawanan selalunya sengit. Biarpun saya menang dengan tiga set, kesukarannya bagaikan bermain dalam lima set,” katanya.\rDalam satu lagi perlawanan separuh akhir, semalam, Duncalf dari England menewaskan juara bertahan, Madeline Perry dari Ireland, 11-8, 11-9, 2-11, 11-4.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.057312 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list