|
Wenger akur nilai Fabregas tak berbaloi\rPENGURUS Arsenal, Arsene Wenger akur Barcelona dapat menambat Cesc Fabregas dengan harga perpindahan yang murah kerana bekas anak didiknya itu tidak mahu menyertai kelab lain.\r\n\n\n\n\r Pada pengamatannya, kelab gergasi seperti Real Madrid, Chelsea dan Manchester City mungkin sanggup membayar hampir 55 juta euro mendapatkan pemain tengah berusia 24 tahun itu.\r\r\n\n\n\n\n Kata-kata itu hadir selepas Fabregas membuat pengakuan apa yang amat dikesalinya dalam kerjaya bola sepak adalah gagal menjulang trofi selaku kapten Arsenal.\rBarcelona dapat murah: Wenger\rLONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui Barcelona mendapatkan Cesc Fabregas dengan harga yang murah kerana pemain tengah Sepanyol itu tidak mahu menyertai kelab lain.\rBarca membayar 29 juta euro (RM124.4 juta) dan berkemungkinan boleh meningkat kepada 35 juta euro (RM 150.1 juta) bergantung kepada kejayaan Fabregas di Sepanyol, namun Wenger tahu dia boleh meminta harga lebih tinggi jika kelab lain mahu cuba bersaing mendapatkannya.\rReal Madrid, Chelsea dan Manchester City semuanya dijangka membayar sehingga 50 juta euro (RM214.4 juta) untuk menandatangani pemain 24 tahun itu yang memulakan kariernya di akademi remaja Barca sebelum menyertai Arsenal pada 2003.\r“Kami menjual Cesc dengan bayaran yang dikurangkan. Jika dia diletakkan di pasaran bagi mana-mana kelab lain, kami akan dapat lebih duit,” kata Wenger.\r“Jika Cesc untuk dijual dan anda boleh lelong antara Real Madrid, Chelsea dan Man City, anda sudah tentu dapat lebih duit tetapi dia hanya mahu kembali ke Barcelona.\r“Pasti kelakar jika orang mengatakan pemain berjuta pound itu ‘murah’. Tetapi kami mendapatkan bayaran yang sesuai.” – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|