|
‘Kami tak pernah sangsi Chong Wei mampu raih emas Olimpik’\rLEE Chong Wei masih menjadi pertaruhan terbaik memenangi pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik 2012, sekalipun tumbang kepada Lin Dan yang memusnahkan impiannya menjulang Kejohanan Dunia di Arena Wembley, minggu lalu.\r\n\n\n\n\r Yang penting, pemain nombor satu dunia berusia 29 tahun itu harus melihat kekalahannya daripada sudut positif dan bangkit dengan keazaman lebih tinggi untuk menebusnya di London 2012, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong.\r\r\n\n\n\n\n “Kekalahan itu harus diambil dengan positif. Saya harap dia tidak patah semangat, sebaliknya bangkit segera dan berusaha lebih keras bagi meningkatkan corak permainan dan memperbaiki segala kelemahan menjelang temasya berprestij itu.\r“Ingin saya tegaskan di sebalik kekalahannya itu, MSN tidak pernah sangsi terhadap keupayaan Chong Wei,” katanya semalam.\rZolkples berkata, andai berpandu kepada aksi final Ahad lalu, tidak banyak perbezaan ketara di antara Chong Wei dan Lin Dan, cuma jaguh negara itu tidak mempunyai tuah untuk menundukkan seterunya walaupun memegang mata akhir dua kali.\r“Perkembangan ini memberikan harapan positif kerana sebelum ini jurang permainan dengan Lin Dan agak besar, tetapi dia kini sudah mampu bersaing. Apa yang perlu kami bantu ialah meningkatkan lagi keyakinan dan kekuatan mentalnya.\r\n\n\n\n\r“Lin Dan lebih berani mengambil risiko di saat situasi genting manakala Chong Wei pula terlalu berhati-hati. MSN akan bekerjasama dengan Institut Sukan Negara (ISN) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menangani masalah ini.\r“Kita juga berharap orang ramai terus memberi sokongan padu kepada Chong Wei, bukannya menyalahkannya,” katanya.\rImpian besar pemain nombor satu dunia itu untuk memahat nama sebagai pemain pertama Malaysia menjuarai Kejohanan Dunia musnah selepas tewas dalam pertarungan sengit 86 minit, 22-20, 14-21, 21-23.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|