CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

2 hasut di Facebook kena empat tahun

[Copy link]
Post time 18-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Dua lelaki yang  menggunakan laman rangkaian sosial Facebook untuk menghasut rusuhan ketika keadaan huru-hara  di Britain minggu lalu dijatuhi hukuman penjara empat tahun, kata polis.\rJordan Blackshaw, 20, dari Cheshire dan Perry Sutcliffe-Keenan, 22, dari Warrington, kedua-duanya di barat laut England, dipenjarakan selepas didapati menubuhkan satu ruangan Facebook untuk menggalakkan penduduk di bandar asal mereka supaya merusuh.\r\n\n\n\n\rRuangan Blackshaw, ‘Smash Down Northwich Town,’ menggalakkan penduduk berkumpul di balik maccies - dipercayai restoran McDonald di pusat bandar Northwich, Selasa lalu.\r\r\n\n\n\n\nRuangan Sutcliffe-Keenan, ‘Let\'s Have a Riot in Latchford,’ menggesa penduduk merusuh pada hari berikutnya.\r“Hukuman yang dijatuhkan hari ini membuktikan bagaimana teknologi boleh disalah guna untuk menghasut aktiviti jenayah dan menghantar satu mesej  untuk mencetuskan kacau-bilau dan,” kata Penolong Ketua Polis Chesire Konstabel Phil Thompson.\r“Sesiapa yang mahu mencetuskan huru hara akan berdepan penguatkuasaan undang-undang,” tambahnya.\rLima orang terkorban ketika rusuhan empat hari yang diburukkan lagi dengan perbuatan mencuri dan membakar  bangunan  di London  ini dan beberapa bandar besar lain di England.\r\n\n\n\n\rPendakwa raya Martin McRobb berkata ruangan itu mencetuskan perasaan panik dan perubahan tiba-tiba di kalangan penduduk tempatan.\r“Jordan Blackshaw dan Perry Sutcliffe yang melakukan kegiatan dengan bebas dan berasa selamat di rumah mereka mungkin berpendapat tidak menjadi satu kesalahan jika  menubuhkan satu ruangan Facebook bagi menghasut yang lain untuk mengambil bahagian dalam rusuhan di Chesire. Anggapan itu salah,” katanya. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.367623 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list