CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

Pertahanan awam sedia

[Copy link]
Post time 19-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kawal  jemaah di dua masjid 10 Ramadan terakhir\rMAKKAH: Ketua Pengarah Pertahanan Awam Arab Saudi, Leftenan Jeneral Saad bin Abdullah Al-Tuwaijri, menegaskan jabatannya bersedia berdepan dengan jutaan jemaah yang memenuhi masjid di Makkah dan Madinah menjelang 10 hari terakhir Ramadan.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, anggota pertahanan awam ditambah di dua masjid sebanyak 30 peratus untuk menanti kehadiran ramai jemaah dari dalam dan luar negara.\r\r\n\n\n\n\nAnggota tambahan diletakkan sebagai bantuan kepada pegawai yang sudah berada dalam kedudukan masing-masing di beberapa bahagian bandar raya berkenaan untuk berdepan sebarang kemungkinan.\r“Di Masjidilharam saja, kami akan menempatkan 1,000 anggota tambahan pada 10 terakhir Ramadan. Mereka dilengkapkan dengan peralatan  diperlukan untuk sebarang urusan jika diperlukan.\r“Masjid Nabi juga akan menerima 1,000 anggota tambahan. Anggota kami akan ditempatkan di banyak bahagian Masjidilharam, termasuk kawasan perluasan dan di laman selain jalan utama  ke masjid,” katanya.\rBeliau berkata, semua itu menunjukkan usaha Jabatan Pertahanan Awam untuk memastikan keselamatan jemaah.\r\n\n\n\n\r“Kami akan membuang semua halangan yang menyusahkan penduduk awam dan bertindak tegas dengan sebarang langkah mengambil kesempatan di atas pertambahan jumlah jemaah,” katanya.\rAl-Tuwaijri menyifatkan bilangan  jemaah yang ramai pada 10 hari terakhir Ramadan sebagai cabaran besar kepada pegawai pertahanan awam selain agensi awam dan persendirian yang datang sebagai tetamu Allah.\rKatanya, pegawai pertahanan awam memperoleh banyak pengalaman berurusan dengan situasi berbeza ketika kemuncak Ramadan. \r“Kami mengawal aliran jemaah di  Masjidilharam untuk mengelak kemungkinan berlakunya tolak menolak ketika kesesakan,” katanya.\rKamera juga dipasang di beberapa bahagian Masjidilharam dan wilayah tengah Makkah untuk mengawasi pergerakan jemaah dari bilik operasi dan bertindak jika diperlukan.\rJabatan Pertahanan Awam  menempatkan 9,600 pegawai di Makkah dengan 1,440 peralatan dan 2,000 lagi dengan 400 peralatan. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.051769 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list