CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88|Reply: 0

Kim Swee enggan dabik dada

[Copy link]
Post time 20-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sasar mata bagi kelayakan Olimpik\rEMPAT kemenangan dicatat daripada lima perlawanan persahabatan setakat ini, tetapi Ong Kim Swee belum mahu mendabik dada kerana sasaran sebenar ialah mengutip mata pada peringkat kumpulan kelayakan Olimpik 2012 yang bermula bulan depan.\r\n\n\n\n\r   “Saya tidak mahu menganggap kemenangan ini sebagai satu kejayaan kerana tumpuan sebenar ialah pusingan kelayakan (Olimpik) nanti,” kata jurulatih skuad Olimpik negara itu. “Masih banyak yang perlu dilakukan sebelum berdepan Jepun, Syria dan Bahrain nanti.\r\r\n\n\n\n\n   “Bagaimanapun saya gembira kerana kemenangan ini menunjukkan apa yang kami cuba capai di sini (Slovakia) berhasil. Saya harap pemain terus kekalkan tumpuan dan corak permainan konsisten pada perlawanan terakhir nanti.”\rSkuad Olimpik negara yang berada di Slovakia sejak akhir bulan lalu, menang empat daripada lima perlawanan persahabatan setakat ini, menentang kelab-kelab divisyen satu dan dua liga negara berkenaan.\rSelepas menundukkan Bodva Moldava 1-0, Topvar Topolcany (2-1) dan Tatran Liptovsky Mikulas (2-1) kemudian tewas kepada Budapest Honved FC dari Hungary 4-1. Skuad Kim Swee bangkit menewaskan MFK Dolny Kubin 2-0 pada perlawanan kelima  jaringan Wan Zack Haikal dan Hazwan Bakri.\rSelasa ini, skuad Olimpik negara akan diuji FC Nitra dan bagi Kim Swee, kemenangan bukan sasaran utama, tetapi corak permainan dan strategi yang direncanakan perlu dilaksana pemainnya.\r\n\n\n\n\rSkuad Olimpik negara dijangka kembali ke tanah air menyambut Aidilfitri sebelum bertolak ke China 9 September bagi menjalani sesi latihan terakhir menjelang pertemuan dengan Jepun pada 21 September ini.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.055288 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list