|
PERTAHANAN kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah mahu memastikan Negeri Sembilan tidak tercicir untuk memiliki Piala Malaysia musim ini selepas tiga piala yang menjadi rebutan sebelum ini terlepas termasuk kegagalan mereka mempertahankan mahkota Piala FA.\rPemain berpengalaman berusia 30 tahun itu berharap rakan sepasukan dapat memberi kerjasama dan komitmen penuh berjuang menjulang nama pasukan dengan memiliki kejuaraan Piala Malaysia yang menjadi satu-satu trofi yang tinggal bagi musim ini.\r\n\n\n\n\r Katanya, prestasi dan pencapaian dalam saingan Liga Super yang kurang memberangsangkan bukan suatu halangan untuk Negeri Sembilan bangkit mencipta kejutan dan merampas kembali kejuaraan piala berprestij itu daripada Kelantan.\r\r\n\n\n\n\n “Saingan Piala Malaysia amat berbeza dengan Liga Super dan setiap pasukan yang bertanding mempunyai peluang sama rata untuk mencapai kejayaan dan begitu juga bagi kami untuk sudah berazam untuk bangkit selepas gagal pada musim lalu apabila dikecewakan Kelantan.“ katanya semalam.\rNorhafiz yang kini sudah pulih dari kecederaan, yakin Negeri Sembilan mampu bangkit untuk mempamerkan persembahan lebih mantap dan bergaya sebaik tirai saingan bermula 6 September ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|