CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3828|Reply: 8

Serangga Cantik Antara Spesies Baru Ditemui

[Copy link]
Post time 8-9-2011 11:25 AM | Show all posts |Read mode

The Peacock Katydid (Pterochroza ocellata) ditemui (semula) di Pergunungan Guyana's Acarai pada tahun 2006. Ia sebelum ini belum diketahui akan kewujudannya. Apa yang uniknya serangga ini ialah ia mempunyai dua cara mempertahankan diri. Pertama ialah dengan menyamar sebagai daun, dan seandainya cara pertama tidak berjaya, ia akan melompat atas ke bawah dengan sayap terbukan agar nampak seperti seekor burung sedang menyerang. Ada bentuk mata di sayap serangga ini.


Haiwan ini bukan sebarang haiwan dalam dunia araknida (serangga banyak kaki). Ia adalah Atewa Dinospider (Ricinoides atewa) – ia dikatakan labah-labah prasejarah yang ditemui pada tahun 2006 semasa satu ekspedisi ke Hutan Simpan Ghana’s Atewa Range


Nama serangga ni cukup panjang - The Conservation International (CI) Blattodean (Simandoa conserfariam). Dinamakan sempena Conservation International, kumbang ini hanya boleh didapati di sebuah gua di Hutan Simpan Guinea's Simandou, ianya telah ditemui pada tahun 2002. Apa yang uniknya ialah ia memakan najis kelawar gergasi yang memakan buah-buahan. Oleh kerana itulah, ia dianggap sebagai satu aset penting dalam ekosistem gua kerana menutrienkan tanah dengan penguraian najis kelawar


inilah spesies baru semut - Fish-hook Ant. Lihat saja bentuk fizikalnya, dari situlah semut ini mendapat namanya. Spesies serangga ini ditemui di Virachey National Park, Cambodia, pada tahun 2007. Terdapat bentuk seperti cangkuk di belakang badan semut ini, atau lebih nampak seperti matakail. Matakail pada badan semut ini digunakan untuk bersangkut-sangkutan sesama semut apabila diserang oleh pemangsa. Ini menjadikan ia membentuk satu pasukan semut yang besar


Satu lagi spesies semut yang menarik. Dinamakan Strumigenys Tigris, ditemui semasa satu ekspedisi ke PNG Muller Range, pada Septembar 2009. Ia serangga kecil dengan hanya panjang 2 mm. Ia kecik-kecik cili padi ni ... kerana kebolehan menyerang dengan ganas akan pemangsa dan mangsa. Ia sentiasa membuka mulut apabila merayap dan merayau, dalam operasi nak mencari mangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2011 11:42 AM | Show all posts
menakjubkan......
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 11:47 AM | Show all posts
nais info. tapi tu ade yang macam lipas. kalau ako jumpe mesti ako dah bunuh dan tak jadi satu penemuan
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 12:03 PM | Show all posts
cantik betul rama-rama tu....geram rasa nak buat brooch baju melayu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 12:07 PM | Show all posts
erm, yg lipas 2 x leh bla lah bbalik.. kak una kurang rapat dgn benda alah itu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 10:14 PM | Show all posts
thanks for the sharing
suker ae baca info info cam nie...
nak lagii nak laggiiiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2011 10:02 AM | Show all posts
subhanallah..
tertarik ngan semut matakail tu
boleh wat gi mancing kalau mata kail dh abis

apa pun, setiap kejadian Allah tu ada kelebihannya
macam lipas tu la contohnye kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 03:56 PM | Show all posts
cuba bayangkan kalau semut kita pijak. mahu sakit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2011 04:44 PM | Show all posts
gud info... comey2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.160810 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list