CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1815|Reply: 2

Motosikal berukuran 22m...

[Copy link]
Post time 8-9-2011 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Motosikal berukuran 22m... .


Sebuah motosikal scooter telah diubahsuai menjadi motosikal paling panjang di dunia dengan ukuran 22m.
Motosikal itu mengambil masa sebulan untuk diubahsuai dan boleh menampung penumpang sehingga 25 orang.



Pemilik motosikal, Colin Furze, 31, telah mengubahsuai motosikal tersebut di belakang rumah maknya untuk tujuan ingin mencipta satu lagi rekod lain dalam Guinness World Record. Sebelum ini, beliau pernah mengubahsuai motosikal scooter rakannya menjadi motosikal paling pantas di dunia dengan kelajuan sehingga 115km/h.

Untuk mencipta rekod tersebut, beliau telah memandu motosikal yang telah diubahsuai itu sejauh 1km pada kelajuan 57km/h.

Beliau berkata; "pada kali pertama saya memandu motosikal itu, saya fikir ianya tidak akan berfungsi dan jika berfungsi pun motosikal ini tidak mungkin akan mencapai kelajuan tinggi. Selepas menyesuaikan diri dengan cara pemanduan motosikal tersebut, ianya menjadi mudah walaupun agak meletihkan tangan akibat berat steering yang melampau.

Sebelum ini, panjang motosikal yang pernah direkodkan dalam Guinness World Record ialah 14m.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2011 02:39 PM | Show all posts
hehhehehe...nk tumpang
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 10:12 PM | Show all posts
hahahah.. ni yang dinamakan merempit secara berjemaah ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.358973 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list