|
SAYEMBARA Menulis Novel Generasi Siber 2011 yang dibuka bagi penulis berumur 14 hingga 25 tahun dan penyertaan perlu sampai kepada penganjur sebelum 31 November ini dengan menghantar salinan lembut novel mereka ke e-mel pejabat [email protected] dan sesalinan keras ke pejabat eSastera.\rSetiausahanya, Wan Nur Ilyani Wan Abu Bakar berkata, tiada tema ditetapkan untuk sayembara kali ini, manakala panjang novel perlu sekitar 300 halaman A4 dan ditaip selang sebaris dan sesuai untuk bacaan novel remaja.\r\n\n\n\n\r“Sayembara ini menawarkan hadiah keseluruhan RM2,000 dan novel yang bersesuaian mempunyai peluang untuk diterbitkan oleh Esastera Enterprise,” katanya.\r\r\n\n\n\n\nSayembara itu bertujuan melahirkan penulis muda dan mendapatkan karya daripada perspektif segar selari dengan keadaan semasa masyarakat dan negara, selain untuk memupuk kecintaan terhadap penulisan serta bahasa Melayu, manakala pejabat Esastera Enterprise terletak di alamat, 96 Jalan 7/71B, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|