View: 189|Reply: 0
|
Pusat sehenti pelancongan, hospitaliti
[Copy link]
|
|
INDUSTRI pelancongan dan hospitaliti Malaysia bakal melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran berikutan wujudnya Pusat Pendidikan Pelancongan dan Hospitaliti (MyCenTHE) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Universiti UCSI, baru-baru ini.\rPusat sehenti yang dikendalikan sepenuhnya UCSI menyediakan program berasaskan pekerjaan sebenar melalui kerjasama strategik dengan pemain industri pelancongan utama Malaysia.\r\n\n\n\n\r Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata penubuhan MyCenTHE adalah inisiatif KPT melalui Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Nasional (PSPTN) bagi menyediakan latihan bersesuaian dengan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sebelum mereka menamatkan pengajian.\r\r\n\n\n\n\n “Pemilihan UCSI bagi menerajui MyCenTHE ini bertepatan memandangkan mereka memiliki kebolehan dan infrastruktur yang bersesuaian. Apatah lagi, fasa pertama bandar pendidikan mereka di Bandar Springhill, Port Dickson akan siap tahun depan.\r“MyCenTHE yang diletakkan di bawah kluster Projek Pengajian-Tumpuan 10 (EPP10) bukan saja menyediakan latihan secukupnya kepada pelajar, bahkan memberikan mereka peluang mendapat ganjaran setimpal bagi meningkatkan status sosial mereka,” katanya ketika melancarkan MyCenTHE di Putrajaya, baru-baru ini.\rMajlis turut dihadiri Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Pengerusi Kumpulan UCSI, Datuk Peter Ng; Ketua Pengarah (Pembangunan Kemahiran) Kementerian Sumber Manusia, Dr Phang Chew Leong dan Pengerusi MyCenTHE, Prof Madya Dr Wong Kong Yew.\rMohamed Khaled berkata, kejayaan awal EPP10 dan MyCenTHE ini dibuktikan dengan perjanjian persefahaman (MoA) yang berjaya ditandatangani oleh UCSI dan IPT lain dengan pelbagai hotel bertaraf lima bintang di Kuching, Sarawak.\r\n\n\n\n\rMelalui perjanjian itu, pihak industri bersetuju menyediakan peluang latihan kepada pelajar, dan membayar elaun penuh kepada pelajar yang menjalani latihan di hotel mereka, serta jaminan ditawarkan kerja bersesuaian kepada pelajar yang layak.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|