|
SELAIN cemerlang dalam akademik, kegiatan kokurikulum juga penting dalam menerapkan nilai-nilai moral dan etika yang tinggi sejajar melahirkan graduan berkualiti.\rMenyedari hasrat tersebut, Sekolah Hospitaliti & Seni Kulinari, Kolej PTPL Shah Alam, Selangor menganjurkan program Kembara Hospitaliti Pantai Timur yang dilangsungkan di Taman Tema Air Bukit Gambang, Pahang baru baru ini. \r\n\n\n\n\r Kembara Hospitaliti yang membabitkan 134 pelajar dan enam pensyarah Diploma Pengurusan Hotel dan Diploma Pengurusan Hospitaliti & Pelancongan merupakan kesinambungan jelajah hospitaliti yang diadakan di Sunway Lagoon Resort Hotel dan Spa pada awal tahun ini. \r\r\n\n\n\n\n Tujuan utama program ini diadakan bagi mendedahkan kepada pelajar mengenai situasi sebenar bagi sesebuah operasi khususnya perhotelan. Pelajar juga didedahkan dengan kemudahan yang ada di dalam hotel sekali gus mengeratkan hubungan baik antara pihak industri dengan pelajar serta tenaga pengajar Kolej PTPL Shah Alam. \rPelbagai aktiviti dan program yang dirangka pensyarah bagi mengisi program dua hari satu malam tersebut antaranya adalah perbincangan kerjaya oleh pihak Bukit Gambang Resort City, bina semangat, meredah hutan pada waktu malam, lawatan ke hotel hotel dan sukaneka. \rProgram ini mendedahkan pelajar mengenai operasi dan pengurusan hotel, semangat kerjasama antara pelajar dan pensyarah dan nasihat serta bimbingan untuk menjadi seorang pekerja hotel yang berjaya pada suatu masa kelak.\rMenurut seorang peserta program, Erma Erfiyana Ghifari, berkata program ini banyak membantu pelajar dalam memperbaiki cara berkomunikasi dan bergaul di samping mengajar sikap saling bantu membantu, kerjasama, komunikasi yang baik penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun kerja. \r\n\n\n\n\rSeorang lagi peserta, Chenny a/p Kian, berkata banyak ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada aktiviti yang dijalankan. Antaranya pengalaman mereka yang telah menempa nama dalam industri perhotelan. \rBeliau berkata, program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar lama dan baru yang jarang sekali mengadakan aktiviti bersama. \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|