CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

Galeri: Syed Ahmad Jamal Dalam Kenangan

[Copy link]
Post time 30-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pameran di Balai Seni Lukis Negara sehingga 18 OktoberTANGGAL 30 Julai lalu, ketika umat Islam menantikan kedatangan Ramadan, dunia seni tanah air  dikejutkan dengan berita \'pemergian\' tokoh seni rupa tersohor, Datuk Syed Ahmad Jamal, ke Rahmatullah pada usia 82 tahun.\n\n\n\nPemergiannya suatu kehilangan kepada negara, tambahan Allahyarham yang digelar Bapa Seni Moden Malaysia banyak menyumbang pada perkembangan sejarah tanah air mahupun antarabangsa kerana pelbagai peristiwa berkaitan kemerdekaan, kemanusiaan dan politik.\n\n\n\n\nMalah, Allahyarham satu-satunya pelukis yang diangkat menerima Anugerah Seniman Negara pada 1995, lantaran kesungguhan dan sumbangannya dalam memartabatkan seni rupa, selain kepelbagaian kebolehannya termasuk dalam penulisan dan pentadbiran.Allahyarham memegang jawatani Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 sehingga 1991 dan justeru itu jasa dan sumbangan tokoh ini pada Balai Seni Lukis Negara (BSLN) diatur melalui pameran khusus SAJ dengan menampilkan karya hebat tokoh ini buat tatapan khalayak.Kurator Pameran Syed Ahmad Jamal Dalam Kenangan, Hasimah Nyok berkata, pameran itu menampilkan himpunan 27 karya, termasuk satu arca yang dihasilkan sejak 1957 sehingga 2007, dengan kebanyakan karyanya berkisarkan pada perjalanan hidupnya sebagai anak seni, serta turut mengetengahkan tema politik dan kemanusiaan.“Kesemua karya Allahyarham yang dipamerkan adalah himpunan koleksi tetap BSLN dan antara karya awalnya Umpan (1957) dan Ribut (1958), kedua-duanya lukisan abstrak kerana Allahyarham pelopor seni abstrak di Malaysia.\n\n\n\n“Istimewanya karya Allahyarham sebenarnya bersifat kontemporari, iaitu sentiasa seiring dengan peristiwa semasa dan ini secara tidak langsung menyebabkan Allahyarham mempunyai pengikut sama ada daripada golongan generasi muda mahupun seangkatannya,” katanya kepada Galeri.Menyorot isi hati antara individu yang rapat dengan Allahyarham, Nurl Haq, anak keduanya, membuka pelbagai cerita Allahyarham dan menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang sebati dengan dunia seni kerana sehingga ke saat akhir hayat masih menggagahkan diri untuk berkarya.“Jiwa Allahyarham memang terlalu terikat dengan dunia seni. Saya turut ‘terkena’ tempiasnya.  Malah sehingga akhir usianya, Allahyarham masih berkarya. Karya terakhirnya tersimpan di rumah kerana menyimpan 1001 cerita yang terlalu bermakna buat keluarga kami,” ujarnya.Pengarah Galeri R A Fine Art, Raja Ahmad Aminullah antara rakan rapat Allahyarham yang mengenalinya sejak era 90-an, menyifatkan SAJ sebagai seniman serba boleh dan tiada taranya, selain lebih berpaksikan alam Melayu dan keperibadian Muslim. “Maka tidak hairanlah karyanya sering mendapat perhatian pelbagai pihak daripada dalam mahupun luar negara,\" katanya.Umpan, Jendela Di Angkasa, Ribut, Keris, Saturday Night, Tumpal, Tercapai, Perhubungan dan Harapan adalah tinggalan kenangan garapan hebat SAJ yang pastinya mengubat rindu peminat seni rupa ini dan pameran boleh disaksikan sehingga 18 Oktober ini.INFO: Pameran Syed Ahmad Jamal Dalam KenanganTarikh: Sehingga 18 Oktober 2011Lokasi: Galeri 2A, Balai Seni Lukis Negara,No 2, Jalan Temerloh off Jalan Tun Razak,53200 Kuala LumpurJumlah karya: 27Telefon: 03 4026 7178.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.037511 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list