Sungai Bedil
pernah dengar tak?
lokasi
berada dalam kawasan perkampungan kampung kelantan di Kota Tinggi, Johor. betul-betul di pinggir pusat bandar Kota Tinggi.
misteri
setiap kali kota tinggi akan mengalami banjir besar akan berlaku satu event yang meriah di hulu sungai bedil ni iaitu akan kedengaran bunyi meriam meletus bertalu-talu. apabila terdengar je bunyik meriam ni orang-orang di kampung sekitarnya seperti Kampung Kelantan dan Kampung Panti sedar akan berlaku banjir besar di Kota Tinggi dan bersiap sedia tuk berpindah. sebelum banjir besar yang tenggelam kan bandar Kota Tinggi masa thn 2006-2007 ramai orang2 kampung dengar bunyik meriam meletus di hulu sungai bedil dan dorg tau tu sebagai tanda Kota Tinggi akan mengalami banjir yang teruk.
tapi yang menariknya takda sesapa pon yang pernah nampak siapa yg dok bedil meriam tu.....
dikatakan bahawa mungkin bunian or kaum tinggalan dari sejarah lama johor dulu kala yang dok membedil meriam tu. dorang di tugaskan tuk beri amaran pada rakyat jelata Kota Tinggi sebelum berlaku apa2 bencana. wallahualam...
unek ada ape2 explaination??
|