CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

NUMERA pengikat ‘kemesraan’

[Copy link]
Post time 4-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Penggiat sastera Malaysia dan Indonesia bernaung di bawah satu bumbung\rDUNIA sastera tanah air melangkah setapak lagi apabila Sasterawan Negara (SN) Ke-11, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala memperkenalkan gagasan Nusantara Melayu Raya (Numera) dan mengadakan Baca Naskhah NUMERA di kediamannya, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rLebih 30 khalayak termasuk novelis wanita dari Padang, Sastri Bakry yang terkenal dengan novelnya, Kekuatan Cinta dan Hatinya Tertinggal di Gaza, Pengerusi Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Padang, Zulherman dan Naib Pengerusinya, Afrizal SH. \r\r\n\n\n\n\nKehadiran rakan serumpun bukan saja menggalakkan perkongsian ilmu dan fikiran, malahan turut membuka lembaran baru buat penyair, penulis dan penggemar sastera di Malaysia dan Indonesia untuk bersatu demi perkembangan pusaka seni budaya Melayu agar terus dihayati.\rTirai Baca Naskhah Numera dimulakan seawal jam 10 pagi dengan bacaan rantaian puisi oleh Datuk Kemala yang membawa khalayak mengimbau kembali karya tersohornya seperti Datang dan Pergi, Gombakku, Melayuku dan Tuhan Membujuk.\rTuhan Membujuk dipetik dari antologi puisinya, Meditasi Dampak 70 yang memuatkan karya bernafas Islam dan sarat dengan mesej yang mampu memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keagungan Tuhan.\rTuhan membujuk\r\n\n\n\nmampirlah Ahmad\r“fabiaiialai rabbikuma tukazziaban”\rlara kesuma\rbulan ungu\rdi celah gunung\rsukma melulung\rku cari diri\rdalam tasbih\rKeheningan pagi itu diteruskan dengan bacaan petikan novel Sastri Bakry berjudul, Hatinya Tertinggal di Gaza dan nyata suara merdu pengarang itu, intonasi dan gaya penyampaian dialog yang penuh penghayatan memukau semua.\rKhalayak seolah-olah terkesima dan seakan-akan menyelusuri sendiri cerita yang disampaikan Penerima Anugerah Srikandi Tun Fatimah, Negeri Melaka 2007 itu, sebuah kisah gadis malang yang berkesudahan dengan cerita ngeri..\rTapi, setelah beberapa menit Nadhifah menunggu, suara jawaban tak jua datang.\rJustru suara tangis yang terdengar di telinga Nadhifah.\r“Ada apa Windi?” Ayo ceritakan sama Tante.” Suara cemas dan tak sabaran muncul dari mulutnya.\r“Duh ... Papa ... Papa menusuk Mama dengan gunting...”\rPenyair veteran, Prof Madya Dr Arbak Othman pula bersemangat mendeklamasikan sajak, Keunggulan Yang Menyepi yang didedikasikan khas buat Dr Kemala sebagai tanda sokongan terhadap gagasan Numera yang diperkenalkan penyair hebat itu.\rBisa sampaikah mayat malam\rBerundingan berdamai\rDi meja kuburan siang\rDi langit numera malam\rJika tidak penyair rindu sayang\rDi angkasa numera rindukan bulan Ilahi\rDi bumi di lautan di gunung satu sanubari.\rBekas Editor Marwilis Publisher, Rosmiaty Shaari, pula mendeklamasikan puisi, Qasidah Bawang Manis yang mampu menyebabkan sesetengah daripada kami yang hadir pada majlis terbabit menitiskan air mata, tatkala mengamati maksud tersiratnya.\rYa, ayuhai\rmaya yang terbentang\rjalur yang memanjang\rberjejal cinta dari kasih sang setia\raku terlalu kecil, jangan kau tinggalkan aku\rsebesar zarah pun aku terapung di antara lebat rindu\rtetapkan aku seorang kekasih dan engkau kekasihku.\rKemuncak acara itu dilengkapkan dengan bacaan puisi dan juga nyanyian oleh deklamator muda dari Indonesia, Novi Junaidi Igayana yang menghayati karya Sastri Bakry, Hatinya Tertinggal di Gaza.\rPerjalanan ini telah usai\rketika mereka masuk mengalunkan\rlagu lama yang merdu\rmenyayat hati yang tertinggal di Gaza\rterdengar tak lagi nyanyian-nyanyian yang dulu\rmengalun lembut di telingaku.\rAcara itu turut menampilkan penyair, Djazlam Zainal sebagai pengacara dengan selingan nyanyian lagu puisi oleh Ilya Kablam dan bacaan puisi penyair tempatann seperti Prof Dr Ir Wan Abu Bakar Wan Abas atau Irwan Abu Bakar, Mohd Dahri Zakaria dan Raja Rajeswari Seetha Raman.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.038580 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list