|
Industri hiburan perlu hasil produk beri kesan positifBERHIBUR adalah fitrah manusia dan ini tidak ditolak oleh Islam. Persoalannya, konsep hiburan berbeza berdasarkan latar belakang pendidikan, budaya dan sosial. Islam mempunyai konsep sendiri dalam konteks seni dan hiburan yang perlu difahami pihak terbabit dalam industri.\n\n\n\nJusteru, apabila Majlis Fatwa Kebangsaan menyuarakan kebimbangan terhadap lambakan filem atau drama hantu di negara ini, maka sepatutnya pandangan itu dihormati kerana ia berdasarkan pandangan agama bukan mahu menimbulkan polemik dalam masyarakat.\n\n\n\n\nMajlis Fatwa Kebangsaan bertanggungjawab memberi peringatan kesan penerbitan cerita hantu kepada akidah pelakon mahupun penonton termasuk sutradara dan sepatutnya itu diterima serta dihormati. Sebelum sesuatu karya dihasilkan, pihak berkaitan perlu jelas apakah sebenarnya jenis pemikiran dan psikologi yang hendak diterapkan kepada masyarakat selain melihat usaha itu sekadar menyediakan hiburan semata-mata.Oleh itu, jika semua pihak serius untuk membina masyarakat Malaysia yang menghayati pembinaan tamadun tinggi, maka industri perfileman harus menyambut baik teguran daripada golongan ulama.Dalam Islam, drama dan filem adalah diharuskan bertujuan mendidik masyarakat serta membantu mengembangkan ajaran Islam dengan syarat tidak menampilkan watak tokoh seperti rasul, nabi dan khalifah kerana boleh menghilangkan kekudusan mereka.\n\n\n\nTiada fenomena lucah dan percampuran jantina, kegiatan zina atau pendedahan aurat. Drama atau filem mesti berkepentingan kepada agama, ilmu pengetahuan, pendidikan, moral, individu, keluarga dan masyarakat.Selain itu, perkara turut hangat diperkatakan ialah penampilan watak ustaz dan tokoh agama dalam filem atau drama. Sebagai pembimbing mereka sering menjadi rujukan apabila timbul permasalahan membabitkan hukum agama.Malangnya, disebabkan terlalu cenderung kepada menghasilkan filem hantu, watak pembimbing kini disempitkan sebagai tukang halau hantu, jin dan syaitan, sedangkan peranan ustaz dan tokoh agama lebih dari itu.Penampilan watak ustaz yang dilakonkan membaca doa, ayat al-Quran bercampur jampi serapah serta unsur lawak sebenarnya boleh merosakkan akidah. Malah, unsur seram dan tahyul serta khurafat keterlaluan menyebabkan rasa takut mendalam terhadap hantu berbanding takut kepada Allah SWT.Paparan negatif itu menjatuhkan imej, maruah serta peranan sebenar ustaz dan tokoh agama dalam kehidupan ummah. Lebih menyedihkan lagi, ada paparan yang keterlaluan ditonjolkan melalui watak ustaz seperti ustaz pengamal poligami yang melakukan kekerasan terhadap isterinya.Ada juga menjadikan isu agama bahan komedi melalui adegan lawak. Kita tidak mahu agama dijadikan bahan lawak seperti Barat yang terus menjadikan paderi atau orang agama mereka sebagai watak menyebabkan penonton ketawa. Malah Tuhan juga dijadikan bahan lawak. Secara sedar atau tidak, ini semua usaha secara halus supaya kita tidak menjadikan agama sebagai jalan kehidupan. Ini adalah jarum halus memisahkan agama daripada kehidupan tanpa kita sedar. Walaupun tidak dinafikan tujuan asal penghasilan filem seram dan tahyul ini untuk menunjukkan bahaya serta dahsyatnya kesan apabila manusia membuat dosa tetapi sedar atau tidak, adegan dipaparkan sebenarnya menunjukkan cara melakukan dosa.Ada juga adegan yang menyumbang bahaya seperti filem dan drama mengajar penonton bagaimana mahu membuat jenayah terancang seperti penculikan, pembunuhan, rogol, penipuan malah cara untuk membuat bom. Kesan salah tafsir ini sangat penting untuk dibendung. Kajian dilakukan berkaitan kesan dan pengaruh filem hantu terhadap penonton menyenaraikan kesan antaranya tidak nyenyak tidur akibat diburu bayangan filem ngeri, perasaan takut hingga hilang daya kawal terhadap diri dan perasaan fobia melihat benda dikait dengan filem ditonton. Malah fobia terhadap kegelapan, binatang, bunyi atau keadaan yang terlalu sunyi menyebabkan perasaan takut berpanjangan.Maka jika ada pihak mempersoalkan gesaan ini dengan melontar hujah apakah selama ini cerita hantu membuat penonton menjadi syirik dan keluar agama, perlu ditegaskan apakah penghasilan filem seperti itu lebih membawa kepada kebaikan atau keburukan? Apakah keuntungan industri filem lebih diutamakan daripada agenda membentuk pemikiran yang sihat dalam proses membina masyarakat? Tanggungjawab memelihara syariat agama sepatutnya menjadi keutamaan dalam apa juga perkara yang ingin dilakukan. Begitu juga dalam penghasilan filem atau drama yang ingin mengangkat ajaran Islam.Apabila berlaku keraguan, sepatutnya pihak berkenaan mendapatkan pandangan mereka yang lebih arif bukan menggunakan tafsiran sendiri dan menjadikan alasan untuk menegakkan benang basah terutama apabila kesilapan itu ditegur.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|