CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39806|Reply: 11

[Jenayah] EDISI TERCIRIT: Muhyiddin kecewa, bayaran ganti rugi fitnah Guan Eng terlampau tinggi

[Copy link]
Post time 8-11-2024 09:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 9-11-2024 10:48 AM



Saya telah mengarahkan peguam untuk merayu terhadap keputusan terbabit kerana saya mempunyai pembelaan yang baik.



KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM1.35 juta kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah Pengerusi DAP itu tahun lalu.

Bagaimanapun, Muhyiddin, 77, menghormati keputusan itu selepas mahkamah memutuskan, Guan Eng, 64, berjaya membuktikan kesnya melalui prinsip imbangan kebarangkalian iaitu beban pembuktian bagi proses tuntutan saman sivil.

Menerusi kenyataan media di Facebooknya, beliau berkata, bagi mematuhi mahkamah, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) ini akan menurunkan kenyataan berkenaan dari akaun Facebook dan media sosialnya yang lain.

“Bagi saya, jumlah yang telah ditetapkan mahkamah adalah terlampau tinggi,” katanya.

Pada Jumaat, Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat memerintahkan bekas Perdana Menteri itu membayar ganti rugi berjumlah RM1.35 juta kepada Guan Eng selepas didapati bertanggungjawab memfitnah Pengerusi DAP itu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain mengeluarkan perintah berkenaan ketika membenarkan tuntutan saman fitnah yang dikemukakan Guan Eng selaku plaintif.

Ia membabitkan isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary.

Artikel Berkaitan:


Beliau sehubungan itu, memerintahkan Ahli Parlimen Pagoh itu membayar ganti rugi am kepada Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan sebanyak RM1.05 juta, dan ganti rugi teruk serta teladan masing-masing berjumlah RM150,000.

Muhyiddin selaku defendan turut diperintahkan membayar kos berjumlah RM50,000 kepada bekas Menteri Kewangan dalam kerajaan PH daripada 21 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020 tersebut.

Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2024 10:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 02:44 AM | Show all posts
Si Eng ni dan Teresa kok
dah puluhan juta asik kolek duit saman.

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Apasal lak tinggi dah kau ckp tak betul now pay the price ler.  Ingat apa mahkamah bawah pokok ceri bayar saman rm150 je sbb mukut hangsuang?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 07:59 AM | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 9-11-2024 08:01 AM

Tu la baik sangat dgn Cina India lagi…..dah la pergi kedai Cina, tak boikot, lepas tu kena saman, bagi duit free pada Cina.
Memang betul labu labu kau ni


Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 08:03 AM | Show all posts
TOPwind replied at 9-11-2024 02:44 AM
Si Eng ni dan Teresa kok
dah puluhan juta asik kolek duit saman.

Kolek duit free dari Melayu.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2024 10:58 AM | Show all posts
Bergaduh, berebut kuasa, fitnah, naik turun court, bazir duit.

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko soping sakan kat butik armani bwk cash berkepuk² lupa plak ye. Ni staff butik mmbawang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2024 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya telah cirit:



Dua kali:

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 12:58 PM | Show all posts
Pandainya pilih gambar, cuma perlu insert dialog ja.

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 12:19 PM | Show all posts
banyak makan sambal la tu. tu yang tercirit sambil timbang telo




SAMBAL CILILADO
SAMBAL SYUKOR JONGOS
SAMBAL HITAM N9 POWER
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 10:33 PM | Show all posts
melekaifc replied at 11-11-2024 12:19 PM
banyak makan sambal la tu. tu yang tercirit sambil timbang telo

price..PM tepii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.056883 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list