CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 114|Reply: 0

Semangat tuntut ilmu perlu sentiasa tersemai

[Copy link]
Post time 10-10-2011 10:05 AM | Show all posts |Read mode
ISLAM menggalakkan umatnya mencari ilmu pengetahuan bagi memandu ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat. Semua cita-cita akan sia-sia tanpa ilmu pengetahuan. Saidina Ali menyatakan: “Sesiapa  mengimpikan kehidupan dunia, maka dia perlu berilmu. Sesiapa mengimpikan kehidupan akhirat, maka dia perlu berilmu. Jika kita mengimpikan kedua-duanya, maka kedua-duanya perlukan ilmu pengetahuan.”\n\n\n\n  Dalam pencarian ilmu pengetahuan, seseorang individu perlu melalui beberapa proses. Baginda SAW bersabda  bermaksud: “Jadilah orang berilmu, mempelajari ilmu, mendengar di dalam majlis ilmu atau orang yang cintakan ilmu. Janganlah kamu menjadi orang yang kelima (tidak termasuk golongan di atas) kerana ia akan membinasakan kamu.” (Hadis riwayat Tabrani) \n\n\n\n\n\n  Ilmu akan dihasilkan dengan kesungguhan di samping penyelidikan serius serta beristiqamah supaya dapat memahami segala yang dipelajari. Masa juga mestilah diperuntukkan untuk majlis ilmu serta mempunyai disiplin tinggi selain suasana  kondusif.Baginda SAW memberi jaminan kemudahan yang disediakan Allah SWT kepada majlis ilmu. Sabda Baginda yang bermaksud: “Sesiapa yang berusaha mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan memudahkan jalannya ke syurga.” Baginda menyifatkan majlis ilmu sebagai taman syurga.Berdamping dengan orang yang berilmu juga adalah salah satu faktor untuk menambah ilmu pengetahuan kerana merekalah yang akan memberi bimbingan serta peringatan berguna di saat kita terlupa. Pujangga ada menyebut: “Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang mengingati kita di kala kita dalam kealpaan dan seburuk buruk sahabat ialah mereka yang mendiamkan diri ketika kita memerlukan.”\n\n\n\nAllah SWT berjanji akan mengangkat martabat serta kedudukan orang yang berilmu pengetahuan. Firman Allah SWT  bermaksud: “Allah akan meninggikan martabat orang  beriman dan berilmu di antara kamu dengan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 11).Firman-Nya lagi  bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhamad) adakah sama orang  berilmu dengan orang  jahil? Hanya mereka berakal saja dapat menerima pelajaran.” (Surah Az-Zumar, ayat 9) Imam Syafie pernah mengungkapkan kata semangat sebagai panduan kepada mereka yang ingin menuntut ilmu pengetahuan. Katanya: “Wahai saudaraku, kamu tidak akan mendapat ilmu kecuali kamu memiliki enam perkara iaitu kepintaran, keinginan, kesungguhan, kerendahan diri (zuhud), menghormati guru serta memerlukan masa  panjang.”Tidak hairanlah jika kita melihat Imam Syafie mengembara ke Iraq, Iran, Mesir dan Makkah al-Mukarramah serta diiktiraf sebagai mufti pada usia 15 tahun.Masyarakat kita hari ini terdedah dengan pelbagai ilmu pengetahuan dalam dunia teknologi maklumat tanpa sempadan. Mereka mestilah dapat membezakan antara ilmu yang benar dan salah. Ilmu membawa kepada keimanan mantap adalah ilmu sebenar yang perlu dipelajari yang akan mendekatkan diri dengan Allah SWT, membentuk peribadi mulia dan kehidupan dipenuhi sifat terpuji.Masyarakat perlu diberi kesedaran pentingnya ilmu pengetahuan serta dapat menyemaikan sikap rajin membaca bermula dari alam kanak-kanak sehinggalah mereka dewasa. Media cetak serta elektronik mestilah memainkan peranan mencetuskan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat. Ilmu  dipelajari mestilah disusuli dengan amalan serta pelaksanaan baik kerana kata tanpa amalan, akan mengundang kebencian Allah SWT.Allah berfirman  bermaksud: “Wahai orang  beriman kenapa kamu berkata sesuatu yang kamu tidak lakukan. Sangat dibenci  Allah jika kamu tidak amalkan apa yang kamu perkatakan.” (Surah As-Saff, ayat 2-3) Ilmuwan sebenar ialah yang merasakan kekerdilan mereka apabila semakin jauh dalam kancah ilmu pengetahuan. Mereka akan mendapati kejahilan semakin menghantui dan banyak perlu dipelajari dalam kehidupan ini. Firman Allah SWT  bermaksud: “Seandainya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena serta semua lautan menjadi tinta dan ditambah lagi dengan tujuh lautan, nescaya tidak akan habis ilmu pengetahuan itu diterokai. Sesungguhnya Allah maha berkuasa lagi bijaksana.” (Surah Lukman, ayat 27). Penulis ialah Eksekutif Agama The  New Straits Times Press (NSTP)

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.033962 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list