CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

China hargai bahasa Melayu

[Copy link]
Post time 10-10-2011 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Kesungguhan menyebarluaskannya berkembang sehingga ke tiga IPTKEDUDUKAN Melayu sebagai bangsa teras di negara ini menjadi antara faktor penting kepada China untuk mempelajari bahasa dan budaya Melayu melalui bidang Pengajian Melayu di Negara Tembok Besar itu dan berkesudahan sehingga terbentuknya Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China.\n\n\n\nKesedaran dan pemahaman itu nyata berbeza dengan pandangan sesetengah rakyat Malaysia yang tidak lagi menganggap Melayu sebagai bangsa teras di negara ini, sedangkan China melihat hubungan mereka dengan Malaysia, lebih kepada hubungan bangsa mereka dengan bangsa Melayu.\n\n\n\n\n\nPandangan itu dicerna bekas Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China, Dr Awang Sariyan daripada pengalaman menduduki kursi berkenaan yang berpusat di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU), Beijing, dari 2008 hingga 2011.“Tidak hairanlah Pengarah Pusat Pengajian Melayu China BFSU, Prof Wu Zong Yu, pernah merungut terhadap Kedutaan China di negara ini apabila pegawai di sana tidak mengundang pemimpin Melayu pada Sambutan Tahun Baru Cina,” katanya kepada Sastera di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Kuala Lumpur, baru-baru ini.Dr Awang berkata, hubungan baik antara China dengan Malaysia mempunyai potensi besar untuk dieratkan lagi memandangkan negara itu memahami bahawa bangsa Melayu masih lagi dominan.“Pengajian Melayu bukan bidang yang baru di China kerana ia sudah pun bermula seawal 1940-an, tetapi apabila ibu kota China berpindah dari Nanjing ke Beijing, ia lebih memberi tumpuan kepada bahasa Indonesia.\n\n\n\n“Bagaimanapun, penubuhan Jurusan Bahasa Melayu di BFSU pada 1961, membuka lembaran baru dan sehingga kini sudah 50 tahun Program Bahasa Melayu Malaysia beroperasi serta melahirkan ramai pegawai diplomat, jurubahasa serta penyiar yang menguasai bahasa Melayu,” katanya yang juga bekas Pengarah Jabatan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).Daripada pengajian pada peringkat program, ia diangkat menjadi Pusat Pengajian Bahasa Melayu pada 1996 yang dinaungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjawat sebagai Menteri Pendidikan.“Pada 2006 pula, pusat berkenaan dinaikkan taraf kepada Pusat Pengajian Melayu dengan skop yang lebih luas termasuk budaya dan sastera.“Sejak 2008, kita berjaya meningkat dan memperluaskan program pengajian dengan memperkenalkan kursus baru seperti sosiolinguistik, tatabahasa, kebudayaan dan perbandingan bahasa Melayu Malaysia dengan bahasa Indonesia,” katanya.Dr Awang menjelaskan, tanggungjawab Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China dalam menyebarluaskan bahasa Melayu di China tidak hanya berlegar di BFSU, sebaliknya institusi pengajian tinggi (IPT) itu turut bertindak sebagai pangkalan untuk menyebarluaskan bahasa Melayu ke seluruh negara terbabit.“Daripada BFSU, bahasa Melayu berkembang dengan tiga universiti yang sudah pun mempunyai Program Bahasa Melayu iaitu Universiti Peking dan Universiti Komunikasi yang melahirkan tenaga mahir dalam bidang penyiaran khususnya di Radio Antarabangsa China (CRI).“Pada 2008 juga, kami berjaya membantu Universiti Bangsa-bangsa Guan Xi di Nanning untuk membuka Program Bahasa Melayu dengan saya dan Prof Wu memberi kursus intensif dan ceramah khas di IPT itu,” katanya.Beliau berkata, Universiti Asing Guan Dong pula menawarkan Program Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia, manakala Universiti Bangsa-Bangsa Yunan di Kunming turut membuka Program Bahasa Melayu di wilayah yang menempatkan 26 etnik itu.“Malah, Pengajian Bahasa Melayu turut diajar di universiti di Luoyang, Henan kepada tentera, sekali gus mempunyai potensi kepada kerjasama ketenteraan China-Malaysia.“Dengan jumlah tujuh IPT di China mempunyai program berkaitan bahasa Melayu, ia menunjukkan kepentingan ekonomi dan hubungan perdagangan antara dua negara ini, selain tujuan pelancongan,” katanya.Dengan penyebaran bahasa Melayu di China itu, Dr Awang turut menyarankan kerajaan agar mewujudkan atase kebudayaan di kedutaannya di China sebagai kesinambungan daripada usaha yang dilakukan oleh Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China.Malah, beliau turut mencadangkan pengwujudan atase kebudayaan itu bukan hanya terhad di China, bahkan turut membabitkan kedutaan Malaysia di seluruh dunia seperti yang sudah dilakukan oleh Indonesia yang berjaya menyebarkan kebudayaannya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.441699 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list