|
BERTEPATAN dengan tema 1Bahasa, 1Bangsa dan 1Negara yang melambangkan penyatuan rakyat pelbagai kaum, adat resam dan budaya, Malam Puisi Riong Berita Harian (BH) - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), menampilkan penyair Melayu, Cina, India, Chetti dan Portugis di pentas yang sama.\rMalam Puisi Riong di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, pada 15 Oktober ini dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA), akan turut dimeriahkan pemuisi muda berketurunan Chetti, K Mohan Shree dan dondang sayang artis veteran berdarah Portugis, Noel Felix.\r\n\n\n\n\r“Noel yang sememangnya berbakat dalam penulisan lagu dan lirik sedang bertungkus-lumus menyiapkan bait-bait kata yang sesuai dengan tema 1 Bahasa 1 Bangsa 1 Negara. Dondang sayang itu turut menyelitkan pantun mengenai warisan dan kebudayaan yang perlu dipelihara masyarakat kita,” kata pengurusnya, Marina Danker.\r\r\n\n\n\n\nSelain itu, persembahan puisi oleh Sasterawan Negeri Melaka 2009 merangkap Ketua Satu Ikatan Persuratan Melayu (IPM), Mokhtar Yasin, akan menyampaikan puisinya, Nota Seorang Aku Pada Malam Kemerdekaan.\r“Saya sengaja memilih puisi yang dituliskan berdasarkan pengalaman saya yang melalui pahit maung sebagai rakyat negara yang pernah terjajah suatu masa dulu. Saya mahu khalayak memikirkan sejauh mana kita menghayati dan menghargai kemerdekaan yang dikecapi kini,” katanya kepada Sastera.\rJuara program realiti One In A Million, Suki atau Low Sook Yee akan menyampaikan lagu terbarunya berentak pop balada, manakala peserta Akademi Fantasi Musim Keempat, Haziq, bakal memukau khalayak dengan nyanyian lagu berirama tradisional. \rVokalis kumpulan rock tanah air, Jinbara, Tia, akan menggegarkan pentas Malam Puisi Riong BH-DBP dengan lagu berirama rock ghazal yang berjaya menaikkan nama kumpulannya pada arena seni hiburan tanah air.\r\n\n\n\n\rPemuisi muda Melaka berketurunan India yang juga Johan Pertandingan Baca Puisi Pelbagai Kaum 2006 dan 2007 Peringkat Zon Selatan, Thilanathan, penyair Persatuan Penulis Melaka (PENAMA) , Afliza Arshad yang pernah memenangi Johan Sayembara Deklamasi Puisi Sempena Hari Kebangsaan anjuran Gabungan Persatuan Nasional (GAPENA) pada 1999, akan turut beraksi. \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|