CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4770|Reply: 5

Ahli Sukan Ternama Malaysia

[Copy link]
Post time 10-10-2011 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Sedih tgk industri sukan tanah air yang semakin malap. dari bola sepak, olahraga, sepak takraw, hoki dan sukan2 yang lain yang pernah memartabatkan malaysia dalam kelas tersendiri. Jom kita kongsi, kenapa perkara ini berlaku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2011 08:20 AM | Show all posts
tiada lagi MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...lebih kepada majulah sukan untuk poket kot...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 10:23 PM | Show all posts

Hmmm...

Sedih tgk industri sukan tanah air yang semakin malap. dari bola sepak, olahraga, sepak takraw, hoki ...
kingcarlos Post at 10/10/2011 14:35





Camne tak malap... Menda ni semer patot 'digalak' sejak zaman sekolah lagi... Sekolah zamang sekarang ni fokus pada pelajarang saja... Kurikulumnya berapa perceng jer... Padang sekolah tu cukop syarat jer... Padang hoki gelanggang badminton sepak takraw hapa semer tu kalau ada tu kira naseb baek dah tu...

Itu sekolah... Masok kolej langsong dah tarak padang tempat maing... Universiti pong bukang semernya maju dalam sukang... Aku tak piker kerajaang sedar yang kita mermerlukang masa bertahong untok laherkang atlit yang cemerlang... Sekarang ni pong kira dah naseb baek kita ada Safee yang 'tetiba' menonjol dalam dalam dunia bola sepak... Tapi untok berapa tahong tu...?

Ini tugas Menteri Pelajarang dan Menteri Sukan patot pikol bersama... Dedua kena seimbang... Masa dulu ada ke kita selalu kes 'pelajar stress' sampai bunuh diri...? Rerenongkanglah...


Jizzz... Klong! Klong!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2011 11:32 PM | Show all posts
kenapa berlaku..? wah.. aku rasa aku buleh buat jurnal paper pasal menda nih...

1st thing 1st aku tak rasa sukan ialah satu industri di Msia..belum sampai tahap industri... ia hanyalah rekreasi, past time, utk kesihatan, cukup syarat.. etc...

rata2 masyarakat Msia tak berminat masuk sukan secara serius.. berapa ramai parent yg nak anak jadi profesional sportsman bila besar...? rata2 nak jadi doktor, engineer.. yg nak anak jadi artis pon lagi ramai daripada jadi sportmen/women.. banyak sebab.. sebab paling ketara ialah, buleh senang hidup ke jadi sportsman kat Msia..? kalo sukan ialah industri, mende ni takdela jadi isu besar..

kareer path ahli sukan mcmana..? pada aku agak limited..  player bola paling lama pon umor 35 tahun akan pencen.. pastu nak jadi apa..? kalo ada degree buleh la cari makan.. habis kuat masuk coaching line.. sapa terer jadi sports pundit.. atau jadi sports commentator.. ramai buat bisnes.. ramai lak melingkup... pilihan tu terhad.. kita masih tak boleh lari dari pikir pasal education sedangkan majoriti superstar footballer kat europe sana tu bukannya educated sampai ada degree pon.. are we willing to sacrifice education utk sukan..? kat Msia susah aa.. yg excel dua2 memang ada.. tapi susah nak jumpa.. nicol david.. bryan jayhan siva..  ada la beberapa kerat

tak dinafikan ada beberapa sportsman/woman yg top di Msia.. tp pada pendapat aku diorg ni semuanya rare breed.. spesis2 yg jarang nak jumpa..  bukannya yg lahir dari satu sistem yg tersusun.. sebab kalo kita ada sistem tu mesti kita boleh lahirkan 10 org Nicol David.. la ni kita sibuk berbangga sbab Msia ada player squash no 1 donia.. tp next best player kita berada nun di ranking atas 20 donia... last time ada kat satu thread aku kata Msia bukan powerhouse squash dunia ramai yg melenting..

faktor persatuan sukan atau faktor penglibatan org politik yg menjahanamkan sukan lak kalo nak dibincangkan mau boleh buat karangan... cukup laa si Rizal Hashim hantam dalam blog dia...


pegh.. mende ni panjang aahh kalo nak di detail kan lagi... banyak sgt isu..


at the end of the day semuanya ada kaitan dgn DUIT....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:37 PM | Show all posts
Sukan ni memang sepatutnya dipupuk minat dan diasah bakat anak2 sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi.Masalahnya di sekolah tak ditekankan aspek sukan dan hanya memberatkan soal pelajaran.tak dinafikan setiap tahun setiap sekolah pasti akan mengadakan acara sukan tahunan tapi bagaimanakah hasilnya.Adakah setiap warga pendidik betul2 menerapkan minat sukan dikalangan pelajar.Malah kadang2 warga pendidik tidak rajin untuk turun padang membuat latihan sukan kepada para pelajar.Kecuali kalau cikgu tersebut memang mengambil bidang sains sukan dan mempunyai minat mendalam dalam bidang sukan.
    Macam aku nak tengok anak pandai main badminton terpaksa masukkan anak dalam akedemi badminton yg berbayar.masalahnya berapa kerat org Melayu yg rajin menghantar dan mengeluarkan duit untuk anak2 mereka mendapatkan pendidikan dalam bidang sukan yg anak2 mereka minat?Sbb semuanya ini memerlukan pengorbanan dari segi masa,wang ringgit dan tenaga.Akhirnya kebolehan anak2 kita terpendam begitu sahaja.
   Contoh terdekat aku sendiri.Masa dulu waktu aku sekolah aku memang minat dengan badminton.Malangnya tak der pendedahan.Bila aku dah bekerja dan di pejabat ada membuat pertandingan sukan peringkat jabatan,kementerian,daerah,dan sebagainya dan tak disangka2 aku telah dipilih mewakili jabtan dalam pertandingan sukan yg aku minat.Walaupun penyertaan aku dalam bidang sukan ni sudah lambat sekurang2nya aku tahu dimana minat dan kebolehan aku.
   aku yakin sekiranya dulu aku diberikan pendedahan sudah pasti aku punya kebolehan yg lebih dari sekarang.Tapi malangnya sekarang sudah terlambat.Maka aku galakkan anak2 aku menceburkan diri mereka dalam bidang sukan yg mereka minati.Sesungguhnya otak yg cergas datangnya dari badan yg sihat.badan yg sihat adalah salah satu caranya adalah   dengan bersukan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 09:17 PM | Show all posts
sbb rmai yg hebat dlm sukan pndai2...pas2 smbung stdy bg menjamin msa depan yg lebih cerah...nk harap sukan je...hmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.105321 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list