CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2312|Reply: 8

Menara Big Ben makin condong

[Copy link]
Post time 11-10-2011 07:36 AM | Show all posts |Read mode

KECONDONGAN menara terkenal di London ini boleh dilihat dengan mata kasar.

LONDON: Kebimbangan mengenai kestabilan menara Big Ben semakin meningkat apabila ia semakin condong.

Puncak menara jam itu condong setengah meter daripada sudut tegak, menurut ahli kajiukur dan kecondongan itu semakin teruk setiap tahun.

Menara di Westminster itu yang menempatkan loceng gergasi yang dikenali sebagai Big Ben semakin mendap ke dalam tebing Sungai Thames akibat kerja menggali bawah tanah.

Kerja menggali di bawah menara itu termasuk membina stesen rangkaian kereta api Jubilee, medan parkir dan pembetungan.

Kecondongannya sebanyak 0.26 darjah dikatakan boleh dilihat dengan mata kasar dan jika tidak dibaiki ia boleh menyebabkan menara itu tumbang.

Namun, pada kadar sekarang, ia mungkin mengambil masa sehingga 4,000 tahun sebelum menara itu condong sama seperti Menara Condong Pisa yang sengit sebanyak empat darjah dan kira-kira empat meter daripada sudut tegak.  

Profesor di Kolej Imperial, John Burland berkata: “Saya tidak fikir kita perlu melakukan sesuatu dalam masa beberapa tahun ini.”

Jika menara Big Ben itu tumbang, ia akan menghempap pejabat anggota Parlimen yang terletak berhampiran. Ketika ini, menara jam itu terbenam lebih cepat di utara bangunan setinggi 105 meter itu. - DM (Harian Mterok)


Ayo...memang nampak condong ar...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2011 08:15 AM | Show all posts
x lama lagi tumbang lah tue hilang lah salah satu mercu tanda di Landon
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 08:35 AM | Show all posts
owwhhh. . . bahaya ni. . napa x bleh buat apa2 ek?? nnt tumbang kena ahli parlimen camna?
kena elak pegi tempat ni, nak tgk pun jauh2 jer. .
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 08:38 AM | Show all posts
1 tumbang 10 naik... xda hal!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 08:41 AM | Show all posts
Profesor di Kolej Imperial, John Burland berkata: “Saya tidak fikir kita perlu melakukan sesuatu dalam masa beberapa tahun ini.”


boleh plak prof tu ckp cam tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 08:54 AM | Show all posts
1 tumbang 10 naik... xda hal!!
lalunagujiwa Post at 11-10-2011 08:38



    eyhhh kakuna... long time no see... banyak bz ker???
amacam opis baru??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2011 09:08 AM | Show all posts
x nak amek tindakan sbb memang nak robohkan kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 09:19 AM | Show all posts
eyhhh kakuna... long time no see... banyak bz ker???
amacam opis baru??
bbalik Post at 11-10-2011 08:54



    dehydrated, opis baru????

x best!! tenet lemau, nak buka porem nak submit koje via email pun lembab!!
len2 ok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2011 10:24 AM | Show all posts
ish....syg kalo btl2 tumbang@runtuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.057490 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list