|
UEM Group Berhad memerlukan ramai tenaga mahir dalam kalangan rakyat tempatan untuk menyertai syarikat itu bagi memacukan ekonomi dan pembangunan Negara.\rPengurus kanan komunikasinya, Azlina Ashar, berkata tenaga mahir yang diperlukan itu mestilah memiliki kemahiran dan kepakaran tinggi dalam pelbagai bidang bersesuaian termasuklah kejuruteraan, pembinaan dan hartanah.\r\n\n\n\n\r Menurutnya, menyedari keperluan tenaga mahir penting pada masa depan UEM Builders mengambil langkah prokatif dengan menganjurkan program pendidikan supaya dapat melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, UEM Builders akan memilih beberapa sekolah menengah dari kawasan yang terbabit dengan projek UEM sebagai sekolah angkat bagi membolehkan pelajar sekitar mendapat bimbingan wajar.\r“Progam itu lebih menjurus kepada membimbing pelajar dalam melengkapkan diri dan membuat persediaan merangkul kejayaan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).\r“Kejayaan yang diperoleh itu akan membawa pelajar meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan kembali sebagai tenaga mahir atau profesional yang boleh menyertai syarikat kami,” katanya.\rAzlina berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Persediaan SPM 2011 tajaan UEM Builders dengan kerjasama Unit Pendidikan Berita Harian di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawan (SMKBK), Pulau Pinang, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rTurut hadir pada majlis itu, Pengetua SMKBK, Azma Ismail dan Penolong Pengurus Perhubungan dan Komunikasi Kumpulan Korporat Kejuruteraan dan Pembinaan, Suraya Haris Ong.\rSeramai 70 pelajar dari SMKBK dan SMK Simpang Ampat terpilih menyertai seminar sehari yang membincangkan teknik menjawab soalan bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.\rAzlina berkata, seminar itu ialah program pertama UEM Builders sebelum meluaskannya pada tahun depan membabitkan beberapa SMK yang akan dijadikan sekolah angkat.\rBeliau berkata, program tanggungjawab sosial korporat itu bertujuan memberi manfaat kepada pelajar kerana mereka berpeluang mengikuti program bimbingan peperiksaan berkualiti.\r“Kami berharap persatuan ibu bapa dan guru sekolah terbabit berganding bahu dengan UEM Builders bagi memastikan pelajar berjaya dan cemerlang dalam pelajaran,” katanya.\rSementara itu, Azma berkata, SMKBK bertuah apabila menjadi SMK pertama terpilih menyertai program ini, diharapkan aktiviti sedemikian dapat menyuntik semangat mereka untuk terus gigih mencapai kecemerlangan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|