CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9760|Reply: 10

DATO' AHMAD JAIS- A LEGENDARY SINGER

[Copy link]
Post time 11-10-2011 11:36 PM | Show all posts |Read mode


digelar sebagai Frank Sinatra Malaysia oleh pengarah muzik terkenal, Dato Ramli MS


Dilahirkan pada pada 28 Mac 1936 di Kapar, Kelang, Selangor,  aktif dalam bidang seni sejak akhir 1950-an. Sepanjang penglibatannya beliau telah merakamkan beratus buah lagu, dan antara lagu-lagunya yang menjadi kegilaan ramai ialah Di Ambang Sore, Umpan Jinak Di Air Tenang, Seraut Wajah, Bahtera Merdeka, Gelisah, Budi Setahun Segunung Intan (duet bersama Kartina Dahari) dan Juwita Ku Sayang (duet bersama Datin Rafeah Buang).


Pada zaman kemuncaknya, populariti Ahmad Jais menjangkau sempadan politik kerana beliau begitu diminati di Indonesia. juga penah merakamkan lagu duet, Jumpa Mesra bersama penyanyi tersohor Indonesia, Allahyarham S.Effendi.

“Mungkin muzik sebegitu sesuai dengan suara saya. Yang penting bila menyanyi saya menyanyi sampai ke jiwa raga. Bukan itu sahaja, malah saya juga harus bertanggungjawab kepada lagu itu dengan menghayatinya,” (Ahmad Jais)






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2011 07:57 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 11:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 01:55 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun...., Alfatihah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2011 05:06 PM | Show all posts
Mohd Jais Ahmad (Budak pejabat jadi penyanyi)



   





Penyanyi bersuara emas ,Datuk Ahmad Jais tidak menyangka nama nya akan mekar saperti hari ini .Penyanyi malar hijau ini pernah merantau kebanyak negeri untuk mengutip pengalaman hidup.

Dari Kuala Lumpur Ahmad Jais berpindah ke Singapura.Pekerjaan pertama nya waktu itu adalah sebagai budak pejabat .Bekerja di Cycle & Carriage ,Singapura .Ahmad Jais bertugas membantu kerja kerja mengemas dan menghantar surat .Mendapat bayaran sekitar RM80 sebulan ,ia sudah cukup menampung kehidupan bujang nya dan juga sebagai anak rantau.


   Namun Ahmad Jais sebenar nya memasang angan angan bergelar anak seni.Yakin dengan bakat dan minat menyanyikan lagu lagu asli merupakan peluang untuk nya menerobos diri sebagai penyanyi.Menyedari bakat yang ada pada diri nya ,dia berazam untuk menyertai mana mana pertandingan pencarian bakat untuk mengetengahkan bakat pada diri nya.Terbukti memenangi pertandingan nyanyian dua tahun berturut turut adalah langkah pertamanya untuk bergelar anak seni .Penyanyi kelahiran Kapar,Selangor ini terus mahu mengembangkan bakat yang ada.




Di GAM memasuki pertandingan



Ahmad Jais tidak pernah rasa rendah diri dengan kemampuan diri nya.Minat nya itu membuatkan Ahmad Jais memburu setiap pertandingan yang di anjurkan.Niat nya adalah untuk mendapat tawaran menjadi artis rakaman .Sebut lah apa sahaja pertandingan,pasti dia tidak mahu ketinggalan .Namun ,selepas dua tahun berturut turut bergelar juara ,Ahmad Jais di GAM daripada menyertai mana mana pertandingan.Ia sebagai bantahan yang di buat peserta kerana dia merupakan penyandang juara."Itu lah pengalaman buat saya.Ketika nak masuk buat kali ketiga ,ada yang nampak muka saya terus beritahu pehak penganjur agar saya tidak di senaraikan.Mereka tidak mahu saya merangkul kemenangan lagi.Mereka rasa saya sudah bagus dan tak sesuai masuk pertandingan nyanyian sahaja."Ahmad Jais berkata ,atas sebab itu dia hanya memasuki pertandingan juara Lagu Singapura,tetapi dua tahun kemudian dia masuk semula pertandingan nyanyian."Kali ini tak ada bantahan ,mungkin sudah dua tahun orang lain menyanyi sahaja,Alhamdulillah ,saya dapat gelaran juara lagi untuk lagu asli di singapura ,"katanya.


Lepaskan kerja





Ahmad jais melepaskan kerja tetapnya setelah mendapat tawaran pertama merakamkan lagu bersama Panda Records di iringi orkestra Selayang Pandang.Peluang semakin menghampiri dirinya apabila mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria ."Itu lah pengalaman pertama saya yang saya anggap sebagai pembuka jalan saya dalam bidang seni.

Pada zaman itu Panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan."

  "Tidak semua penyanyi bolih membuat persembahan di situ.Apabila terpilih,saya tahu ini lah titik permulaan dan saya harus buat yang terbaik."

  "Alhamdulillah ,Lagu di Ambang Sore mendapat perhatian.Ia juga mendapat kata setuju daripada tokoh muzik terkenal Singapura ketika itu ,iaitu Zubir Said."katanya.

   Tidak hanya Seriwarna,malah Ahmad Jais juga di berikan kesempatan menjadi penyanyi jemputan untuk sebuah kumpulan muzik terkenal di Singapura,Orkes Melati Putih.Sejak itu,nama nya semakin menjadi sebutan.

   "Saya mula nampak arah tuju saya .Saya bersyukur kerana dapat menyanyi dengan genre yang saya suka.Di samping itu berduet dengan artis lain saperti Allahyarham Datin Rafeah Buang ia itu dengan lagu Juwita ku sayang dan bersama Kartina Dahari menerusi lagu,Budi Setahun Segunung Intan"ujar nya.
Terbit album pertama



   

Tidak hanya berduet dan mengadakan persembahan pentas ,cita cita Ahmad Jais untuk merakamkan album terlaksana sekitar 1965.Dengan judul album Kucupan Azimat ,album berbentuk EP dan LP itu mendapat sambutan yang begitu mengalakan.

   "Saya tak sangka usaha saya mendapat kejayaan yang baik.Saya tahu bukan mudah untuk kita terus kekal dalam industri seni sekira nya tidak ada kesabaran."

   "Saya tidak pernah putus asa dan sentiasa cuba merubah diri untuk menjadi lebih baik,"katanya.Di kurniakan darjah kebesaran PJN yang membawa gelaran Datuk daripada SPBYDPA,Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena hari keputraan Seri Paduka Baginda ke-63 pada 2006.Ahmad Jais tidak menganggap ia sebagai pengakhiran untuk nya berehat dalam dunia seni.

   "Saya terus menyanyi selagi terdaya.Apa yang di berikan kepada saya adalah pembakar semangat untuk saya terus menyanyi.Tidak ramai yang bolih menyanyi lagu-lagu asli dengan baik.Jadi kewajipan saya memberi ilmu kepada mereka agar tidak patah semangat untuk mempopularkan lagu-lagu asli ini,"kata nya lagi.





Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 01:08 AM | Show all posts
dulu orang singapore cakap dia pakai buluh kat celah gigi.
Dulu sapa2 pakai smart dengan kasut putih mesti kena sindir...'wah kau ni macam Ahmad Jais lah'
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2011 11:37 AM | Show all posts
aku paling suka lagu mohon kasih tuu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 12:09 AM | Show all posts
anak dia berapa orang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2011 08:27 AM | Show all posts
Mengharap sinar menelan kabus
Ubat jiwa penawar luka
Dapatkah hati ini menebus
Dosa insan sejenis hamba...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 12:07 PM | Show all posts
alfatihah....penyanyi kegemaran aku wlpn aku geng rock kapak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 11:00 AM | Show all posts
masa akak kecik2 dulu umur dalam 4-5 tahun, kalu org tanye bapak ko saper...akak sure jawab "Ahmad Jais"..heheh..sbb nama abah akak mohamad..org pangey 'bang mat'..kan sama tuu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 2.057145 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list