|
Tempoh sah sijil mesti ditetapkan maksimum satu tahun supaya ilmu dimanfaatkan\rPENGUMUMAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan membuat penambahbaikan kursus perkahwinan dari semasa ke semasa dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri, satu perkembangan positif. \r\n\n\n\n\r Kursus perkahwinan adalah persediaan awal kepada pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga bertujuan memberi kefahaman tambahan mengenai perkahwinan mengikut syarak dan bagaimana menguruskan kehidupan rumah tangga selepas berkahwin. \r\r\n\n\n\n\n Ia juga mendedahkan pasangan cara melaporkan kepada pihak yang sepatutnya, apabila berlaku pergaduhan atau konflik dalam rumah tangga. \rPengendalian kursus perkahwinan pada masa kini lebih berorientasikan perniagaan di mana pengendalian kursus perkahwinan dibuat syarikat swasta. Sudah pasti matlamat utama syarikat ini adalah untuk meraih keuntungan. \rAda yang membenarkan peserta baru tamat persekolahan menghadiri kursus tetapi hanya berkahwin beberapa tahun selepas itu. Adalah wajar kursus ini dihadkan kepada peserta yang memang hendak berkahwin untuk tempoh terdekat saja, bagi memastikan ilmu dapat dimanfaatkan.\rTempoh sah laku sijil kursus perlu dihadkan maksimum setahun saja. Jika tidak berkahwin selepas setahun, peserta perlu mengikuti kursus sekali lagi.\r\n\n\n\n\rSesetengah penganjur mengambil jalan mudah dengan menjemput penceramah kurang mahir dan tiada pengalaman, sedangkan tanggungjawab penceramah kursus perkahwinan adalah berat dalam memberi kesedaran kepada peserta yang bakal menempuh alam perkahwinan.\rPeguam Syarie yang terbabit dalam kes perceraian sepatutnya diberi keutamaan sebagai penceramah, supaya pengalaman mengendalikan masalah perceraian boleh dikongsi dengan peserta.\rJusteru, tindakan merombak modul kursus lebih relevan dan dapat memberikan kesan perlu disegerakan. \rSelain itu, bagi mengurangkan kadar perceraian dalam kalangan pasangan Islam termasuk yang baru berkahwin, institusi kaunseling di Jabatan Agama Islam juga perlukan transformasi. Kaunseling adalah satu proses menolong, bukan aktiviti memberi nasihat. \rFungsi kaunselor ialah sebagai pemandu atau penunjuk kepada pasangan bermasalah untuk mencari jalan membuat pilihan berlandaskan al-Quran, al-Hadis dan sunnah nabi. \rMenurut Imam al-Ghazali, antara matlamat kaunseling untuk memperkembangkan personaliti positif individu bagi menyelesaikan kerumitan dengan cara berkesan, membantu menyesuaikan dirinya dengan masyarakat, membekalkan pengalaman baru, membantu pasangan memahami diri dan menyesuaikan dengan persekitaran, untuk berjaya menjadi khalifah Allah SWT serta beribadah kepada-Nya. \rKelayakan pegawai kaunseling di Jabatan Agama Islam negeri perlu diteliti semula kerana kebanyakan kaunselor tidak ada kelayakan sepatutnya. Menurut Akta Kaunselor 1998 (Akta 580), kaunselor perlu mempunyai kelayakan akademik dan berdaftar di bawah akta itu. \rSeksyen 22 (1) Akta 580 memperuntukkan, tiada seorang pun boleh mengamalkan, menjalankan, mengendalikan atau mengemukakan dirinya sebagai kaunselor, menggunakan gelaran ‘kaunselor berdaftar’ atau mempamerkan tanda menunjukkan dia seorang kaunselor berdaftar, melainkan jika dia didaftarkan di bawah akta ini.\rSesiapa yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.\rSebagai pemandu, kaunselor kekeluargaan Islam perlu mempunyai ilmu dan kefahaman mengenai hukum syarak, al-Quran dan hadis. Begitu juga kemahiran untuk membuat pasangan sedar, jelas dan faham akan situasi sebenar.\rKaunselor yang baik dapat membantu pasangan bermasalah menyedari kelemahan diri, memperbaiki kelemahan dengan menggunakan potensi diri serta tahu amanah dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT.\rPusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PK MAINS) antara institusi kaunseling kekeluargaan yang boleh dijadikan model pengurusan kaunseling terbaik. PK MAINS ditubuhkan dan beroperasi pada 1998 bertujuan memberi khidmat kaunseling profesional secara percuma kepada orang ramai bagi membantu masyarakat menangani pelbagai masalah. \rAntara aktiviti dijalankan ialah kaunseling individu, kelompok, perkahwinan, kerjaya dan lain-lain. Semua kaunselor bertaraf profesional selaras Akta 580 dengan kelayakan akademik minimum peringkat sarjana muda dalam bidang kaunseling.\rPenulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan boleh dihubungi di alamat e-mel [email protected]
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|