|
“KITA perlu cari idea bagaimana untuk mendapatkan pergerakan lebih baik di depan pintu gol lawan,” jelas jurulatih skuad Sukan SEA negara, Ong Kim Swee selepas menyaksikan Harimau Muda menewaskan pasukan kebangsaan Nepal 2-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), semalam.\rKenyataan ringkas itu mencerminkan keresahan Kim Swee menjelang misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA bulan depan, andai terpaksa menentang pasukan yang mengamalkan taktik bertahan.\r\n\n\n\n\r Yang pasti, prestasi semasa barisan muda negara seolah-olah hilang punca dan kekeringan idea untuk mencari ruang jaringan apabila Nepal yang dikendalikan Graham Paul Roberts, mampu menyerap asakan pemain negara, sebelum menemui jawapan pada minit ke-80 menerusi Izzaq Faris Ramlan dan Yong Kuong Yong pada masa tambahan.\r\r\n\n\n\n\n “Corak Nepal adalah bertahan. Kita belajar bagaimana nak memecah kebuntuan sekiranya berdepan pasukan yang bermain seperti ini kerana kita mungkin berdepan pasukan Laos dan Kemboja yang bermain dengan corak ini,” kata Kim Swee sejurus tamat perlawanan, semalam.\r“Bukan semua pemain utama beraksi kerana pemain di Slovakia (Fadhli Shas, Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor) serta Khairul Fahmi (Che Mat) dan Zubir Azmi masih bersama pasukan masing-masing.\r“Sebagai perbandingan juga, Filipina mengalahkan Nepal 4-0 dengan kekuatan skuad kebangsaan tapi pasukan Bawah 23 tahun kita yang tanpa beberapa tonggak mengalahkan Nepal 2-0, jadi saya berpuas hati dan itu satu keputusan yang bagus,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|