CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 77|Reply: 0

Khabar Dunia: Anugerah sastera dunia pinggir pengarang wanita?

[Copy link]
Post time 17-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Khabar Dunia: Anugerah sastera dunia pinggir pengarang wanita?Oleh  Hafizah [email protected]/10/17\n\n\n\n\n\n\n\nSEJAK Hadiah Nobel Kesusasteraan dimulakan pada 1901, hanya 12 penulis wanita yang dinobatkan sebagai penerimanya, sekali gus dianggap angka yang sangat kecil dan tidak mencukupi.\rIni sama sekali jauh berbeza dengan kenyataan bahawa jualan novel di dunia dikuasai oleh penulis wanita setiap tahun sehingga hampir semua negara di dunia mencatatkan senarai 10 novel terlaris di pasaran didominasi pengarang wanita.\r\n\n\n\n\rAgatha Christie, Virginia Wolf dan Jane Austen adalah antara penulis wanita yang cukup terkenal namun sayang mereka tidak tersenarai dalam pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan.\r\r\n\n\n\n\nTidak hairanlah di negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Australia pun, kepercayaan bahawa ‘penulis wanita dipinggirkan secara sistematik dalam penilaian hadiah perdana’ sudah lama bersarang dalam benak pengarang berkenaan.\rIa ditambah dengan sikap segelintir penulis lelaki yang secara terbuka menyifatkan penulis wanita tidak berbakat dan tidak setanding dengan mereka.\rMisalnya, Penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2001, Sir VS Naipaul dalam satu laporan akhbar The Guardian Jun lalu,  menyifatkan tidak ada seorang penulis wanita pun yang boleh menulis sehebatnya kecuali Jane Austen.\r“Penulis wanita itu berbeza. Saya boleh meneka sama ada seseorang penulis itu perempuan atau lelaki dengan hanya membaca dua tiga perenggan tulisan mereka. Mereka tidak sehebat saya,” Naipaul dipetik berkata.\r\n\n\n\n\rMungkin kerana keangkuhan seperti itu dan ketidakseimbangan antara senarai penerima hadiah sastera perdana dengan dominasi pasaran oleh penulis wanita, beberapa anugerah kesusasteraan diwujudkan khas untuk wanita.\rAntaranya Hadiah Yayasan Rona Jaffe dan Anugerah Asham, manakala Hadiah Orange yang dianugerahkan di United Kingdom (UK) juga bakal dikembangkan di Australia.\rSebelum ini pun, Australia sudah pun memiliki hadiah kesusasteraan khusus untuk penulis wanita iaitu, Anugerah Kesusasteraan Kibble yang dipecahkan kepada dua bahagian, Hadiah Sastera Nita B Kiblle untuk karya penulis wanita mapan dan Hadiah Sastera Dobbie yang menilai novel sulung penulis wanita.\rSelain itu, Australia juga memiliki hadiah sastera yang dianugerahkan setiap dua tahun, iaitu Biennial Literary Award for Women Writers in Australia.\rBagaimanapun, bukan semua penulis wanita ‘selesa’ dengan hadiah sastera bersifat gender begini seperti novelis, AS Byatt yang pernah mencetuskan kontroversi apabila menyifatkan Hadiah Orange sebagai terlalu berat sebelah dan ‘sexist’, pada tahun lalu.\r“Anda tidak akan menemui hadiah khusus untuk penulis lelaki. Penganjuran Hadiah Orange atas kepercayaan ada subjek berkaitan feminisme yang terlepas pandang tetapi saya tidak percaya,” Byatt dipetik berkata.\rPada 2008 pula, novelis, Tim Lott juga menyifatkan hadiah sastera yang khusus untuk penulis wanita sangat berat sebelah dengan hujah pasaran buku di seluruh dunia menyebelahi penulis-penulis wanita, sekali gus menyebabkan hadiah seumpama itu sangat tidak adil.\rDakwaan tujuan hadiah sebegitu bukan semata-mata mengiktiraf bakat penulis wanita sebaliknya lebih kepada strategi pemasaran itu, mungkin betul jika mengambil kira antara mereka yang berada di belakang tabir Hadiah Orange Australia adalah syarikat penerbit buku.\rSebenarnya, sejak Hadiah Orange diperkenalkan, ia kerap digasak dengan persoalan, apakah hadiah itu masih relevan jika dibandingkan dengan hakikat sebenar, betapa penulis wanita menguasai pasaran?\rAtau benarkah penulis wanita sebenarnya mengejar dua kejayaan, iaitu kemenangan material dan keupayaan mendapat pengiktirafan.\rBagaimanapun, Hadiah Sastera Yayasan Rona Jaffe pula menggunakan mekanisme penghakiman dan perjalanan hadiah yang tidak jauh bezanya dengan kaedah yang diguna pakai Akademi Sweden untuk memilih penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan.\rJusteru, enam anugerah diberikan kepada penulis-penulis wanita yang cemerlang dalam pengkaryaan mereka pada setiap tahun kerap kali dianggap ‘lebih baik sedikit’ daripada Hadiah Orange.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.061826 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list