|
ANDAI berpandukan statistik, Selangor sudah boleh melupakan Misi 33 serta hasrat beraksi di pentas final Piala Malaysia, 29 Oktober ini selepas tewas 0-2 kepada Terengganu pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, kelmarin.\rIa berdasarkan rekod buruk Selangor yang sudah sembilan tahun gagal mencapai kemenangan ke atas Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, gelanggang yang perlu dihadapi mereka sekali lagi untuk aksi separuh akhir kedua, Sabtu ini.\r\n\n\n\n\r Kali terakhir melakukannya pada 19 Januari 2002, ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Wan Rohaimi Ismail, Selangor bangkit mencatat kemenangan 2-1 ke atas Terengganu pada aksi Piala Sumbangsih hasil dua jaringan Azman Adnan.\r\r\n\n\n\n\n Namun jurulatih Selangor, P Maniam tetap memberi contoh positif buat anak buahnya menjelang aksi Sabtu ini, apabila dia tetap melahirkan rasa optimis Selangor masih berpeluang memadam kelebihan dua gol diperoleh Terengganu menerusi Abdul Manaf Mamat, kelmarin.\rBukan mustahil untuk Selangor menewaskan Terengganu pada aksi kedua nanti. Jika semua pemain dapat memberi aksi terbaik, saya pasti peluang ke final masih ada.\rAmri Yahyah mungkin dapat diturunkan Sabtu ini dan bagi saya kehadirannya akan memberi keyakinan yang lebih kepada pemain lain untuk mengatasi Terengganu, kata Maniam ketika ditemui selepas perlawanan, kelmarin.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|