SELUAR dalam buatan BCB International.
LONDON - Sejenis seluar dalam kebal berharga £60 (RM297)yang dibuat daripada bahan tahan lasak kevlar laris dijual di Britain, laporsebuah akhbar semalam. Seluar dalam jenis boxer itu dibeli oleh isteri dan kekasihanggota tentera Britain yang bertugas di medan perang di Afghanistan sebagaihadiah Hari Krismas. Seluar dalam ringan itu dapat melindungi kelangkang danpangkal paha askar Britain daripada impak bom buatan Taliban di Afghanistanyang menyebabkan ramai di antara mereka maut atau menjadi cacat.
Firma yang mengeluarkan seluar dalam kebal itu, BCBInternational, mendakwa produk mereka lebih efektif menahan impak letupanberbanding seragam standard tentera masa kini |