|
KEJOHANAN Ragbi Piala Agong 2011 hampir sampai kemuncak dengan empat pasukan terbaik berentap di separuh akhir hari ini untuk mencari tiket ke perlawanan akhir, Sabtu ini.\rJuara 2008 Kedah bertembung juara 2005 dan 2010, Kelantan di Padang Pulapol, Jalan Semarak, Kuala Lumpur manakala Johor yang melangkah ke suku akhir buat julung kali tahun lalu, menantikan kedatangan Pahang di padang Pangkalan TUDM, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Pemenang akan bertarung merebut kejuaraan edisi ke-29 di Padang Pangkalan TUDM Subang, Sabtu ini.\r\n\n\n\n\r Begitupun, kemampuan Pahang melangkah ke separuh akhir musim ini mengejutkan banyak pihak terutama lawan yang menguasai kejohanan sejak diperkenalkan pada 1983.\r\r\n\n\n\n\n Dengan menampil pemain muda sambil diperkukuhkan kehadiran beberapa pemain kebangsaan, Pahang yang dibimbing bekas pemain tujuh sepasukan negara ke Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2002, Ahmad Faizal Salim mengetepikan pasukan Putrajaya, Terengganu dan Angkatan Tentera pada peringkat kumpulan dan suku akhir.\rKehadiran pemain kebangsaan seperti Nik Ismadi Nik Man, Mohd Faiz Samsukhidir dan Azuan Jamaluddin juga mampu menggugat Johor, seterusnya mencipta sejarah untuk ke perlawanan akhir buat julung kali.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|